KUALA LUMPUR 17 April – Langkah kerajaan terus memberikan subsidi minyak bagi mengelak kenaikan harga bahan bakar itu disambut baik kerana ia dapat mengurangkan bebanan rakyat.

Bagaimanapun pakar ekonomi berpendapat subsidi yang diberikan itu wajar ditarik balik sedikit demi sedikit bagi mengurangkan bebanan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Kajian Permuafakatan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Saidun, bimbang ekonomi negara mungkin terjejas jika kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang terlalu tinggi.

(more…)

Isu air yang cuba dibangkitkan oleh Menteri Tenaga Air Dan Komunikasi Dato Shaziman Abu Mansor kerana Kerajaan Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu air kepada rakyat Selangor bermula dari Jun 2008. Kata beliau Selangor mempunyai sungai yang sangat kotor dan masih mengharapkan sumber air mentah dari Pahang.

Petikan Utusan 18/4/2008

Kenapa pula sekarang hendak adakan isu, kerajaan sepatutnya dari dulu lagi menurunkan harga air kepada rakyat bukannya menambahkan beban rakyat. Jangan cuba jadi air sebagai isu. Kalau diikutkan lagi banyak isu yang sepatutnya BN fikirkan untuk kepentingan rakyat seperti isu bahasa Melayu dalam pembelajaran, isu buku teks dan pembahagiannya, isu pembaziran pembaikan MRR2 yang melibat kos hampir berbilion ringgit, isu bangunan bocor, projek-projek pembangunan rakyat tetapi tidak ada kepentingan dan kaitan langsung untuk rakyat dan banyak lagi. Itu tidak termasuk lagi projek berbilion-bilion yang hanya membawa menaikkan nama Malaysia tetapi menambah kesengsaraan rakyat.

(more…)

Parti Keadilan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan polis ke atas Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Yahya Shari. Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini. Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat.

Pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman. Adalah dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008. Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut. Kami menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin Keadilan ini merupakan satu bentuk ugutan dan provokasi. Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan. Kami harap secara adil pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain dari pihak kami atau pihak-pihak lain.
(more…)

KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan tidak harus mengenakan sekatan ke atas blog tetapi perlu bersikap terbuka terhadap laman tersebut, kata Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah.

Beliau berkata, ini kerana satu gelombang besar politik mungkin akan berlaku sekiranya sekatan dikenakan ke atas laman-laman blog yang wujud pada masa ini.

”Kemunculan blog ini merupakan satu perubahan budaya baru dalam bidang media yang berlaku di seluruh dunia yang tidak dapat dielak.

”Sekiranya ia disekat, maka akan menimbulkan ketidakpuasan dan mungkin akan membawa kesan yang dahsyat kepada para pemimpin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

(more…)

KUALA LUMPUR 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan supaya kerajaan memohon maaf atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim adalah bersifat peribadi. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan seumpama itu tidak boleh dianggap sebagai pendirian rasmi kerajaan. ‘‘Itu cadangan dia secara peribadi, tetapi terpulang kepada kerajaan untuk menimbangkannya,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan prospektus Dayang Enterprise Holdings Berhad di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zaid baru-baru ini bahawa kerajaan BN harus memohon maaf atas kesilapan memecat Salleh dan mencampuri urusan badan kehakiman itu, 20 tahun lalu.  Menurut Zaid, tindakan itu juga memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

(more…)

Penang’s government has announced that it will dismantle the New Economic Policy, or NEP. It is the first time a Malaysian state has moved to undo the controversial affirmative-action policy.

The NEP was introduced after race riots in 1969 and gives Malays preference for almost everything from jobs and housing to government contracts, educational opportunities and stocks.

Malaysia’s Chinese and Indian communities say the policy has created an uneven playing field which disadvantages them.

The Chinese-backed Democratic Action Party (DAP) led by Lim Guan Eng says the NEP also breeds cronyism and corruption.

The recent election result has allowed an opposition coalition comprising the DAP, Keadlilan and PAS to form governments in five of Malaysia’s 13 states.

Abdullah Badawi, Malaysia’s prime minister, has warned Penang’s new government that the move could provoke racial tensions.

Muammar Gaddafi, the Libyan president, poured contempt on fellow Arab leaders at a summit that was overshadowed by the absence of several key figures.

At the annual Arab summit, which opened on Saturday, he criticised Arab countries for doing nothing while the United States invaded Iraq in 2003 and overthrew Saddam Hussein, the Iraqi president.

(more…)

KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

(more…)

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob mengakui pihaknya baru dalam peringkat mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.

Beliau yang mendakwa kes itu kini di peringkat akhir siasatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama semalam.

(more…)

Pandangan & Pendapat

Saya sebagai rakyat Malaysia kesal dengan pemimpin sedemikian. Sejak keputusan pilihanraya yang lalu pelbagai isu timbul dari segi perlantikan, perletakan jawatan, perebutan kuasa, penderhakaan dan sebagainya. Inilah kali pertama berlaku dalam pentadbiran Malaysia bahawa menunjukkan kelemahan kita sebagai orang melayu dan Islam dari segi pentadbiran.

(more…)

KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah mengabaikan kempen secara siber dalam Internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh parti- parti pembangkang.

(more…)

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) – Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga ke saat ini.

Pada 22 Mac yang lalu, Pejabat Sultan Terengganu telah mengumumkan pemilihan Datuk Ahmad Said, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal sebagai Menteri Besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pada pagi keesokan harinya.

(more…)

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) – Kenyataan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa perlantikan sesiapa sahaja selain Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu bercanggah dengan perlembagaan adalah salah, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Seperti dalam krisis di Perlis baru-baru ini, tindakan-tindakan Perdana Menteri menunjukkan ketidakcekapan yang memeranjatkan di dalam mengendalikan hubungan fundamental dan fungsi kerajaan yang begitu jelas,” kata bekas Menteri Kewangan yang menawarkan diri sebagai calon Presiden Umno itu.

(more…)

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) – Sokongan terus terang kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Presiden Umno sudah bermula.

Di Muar, sebuah akhbar tempatan melaporkan 80 ketua cawangan mendesak pemimpin mereka mengadakan mesyuarat agung khas bahagian itu untuk menuntut Abdullah berundur.

Kumpulan itu, termasuk jawatankuasa, Pemuda dan Wanita bahagian berkenaan berkumpul di rumah Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman untuk mendapatkan pandangannya sebelum membuat keputusan mereka.

Mereka kecewa apabila Ketua Bahagian Muar, Datuk Mohd Ismail Mohd kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Adun Maharani kini ialah Dr Mohamad Taslim dari PAS yang mendapat 8,154 undi dalam pilihan raya baru-baru ini berbanding 7,996 yang diperolehi Mohd Ismail.

Mereka yakin sudah sampai masanya Umno dipulihkan.

Jurucakap mereka, Zakariah Mahadi menyatakan, kepimpinan Umno mestilah bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.

Zakariah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang menyatakan, ramai ahli Umno di bahagian itu yang sedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN).

“Kami juga mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk memulihkan maruah Umno,” akhbar tersebut memetik beliau berkata selepas perhimpunan itu.

Menurut beliau, ahli-ahli di bahagian itu sedih kerana para pemimpin Umno gagal melihat angin perubahan yang melanda negara.

Sementara itu, Kadar yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Razaleigh berkata, Abdullah sepatutnya mendengar desakan akar umbi yang mahu beliau berundur.

Rakyat, katanya, sudah tidak tahan lagi dengan rasuah, kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa.

Petikan Harakah 25Mac 

Alhamdulillah kerana dengan izin Allah Dato Ahmad Said dilantik menjadi MB Terengganu walaupun tidak mendapat mandat dari pimpinan UMNO sepenuhnya ujar beliau sendiri. Kita pun ketahui pasti Paklah dan Ideris pening kepala duduk fikirkan projek jutaan ringgit terbengkalai yang belum dapat disempurnakan sepenuhnya. Sesungguhnnya Allah Maha Adil lagi bijaksana. Terang-terangan menentang Sultan, melawan qada dan qadar dari ilahi. Hanya indah dimulut tetapi busuk dihati. Setiap kali ditemuramah pelbagai alasan diberikan oleh Pak Derih ni. Tetapi apabila nama beliau tidak dilantik menjadi MB Terengganu, kenapa nak bising2? Adun-adun lain pun sama jadi hamba kepada Pak Derih ni. Paklah pun jadi hamba kepada Pak Derih ni kononnya beliaulah pemimpin yang berwibawa dan yang paling layak menjadi MB Terengganu.

Sultan Mizan atau Yang Dipertuan Agong sekarang bukannya bodoh dan bukannya alat mainan BN, kerana diakhirat besok baginda akan ditanya dihadapan Allah apa yang kamu buat semasa kamu memerintah? Dengan itu baginda telah membuat penilaian dan pemilihan yang bijak untuk menerajui negeri Terengganu jika dibandingkan dengan Pak Derih. Mungkin pemilihan baginda juga terbatas kerana itu sahaja pemimpin yang boleh dipilih kerana baginda lebih suka kepada pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyat dan negeri seperti Haji Hadi dulu.

Diharapkan MB baru ini dapat menjalankan tugas dengan lebih jujur dan dedikasi berbanding Pak Derih yang pentingkan kroni2nya. Ujar Dato Ahmad Said lagi, beliau sendiri pasti menjadi MB mungkin tidak lama. Oleh yang demikian baiklah beliau selepas ini masuk Parti Alternatif dan pada pilihanraya akan datang. Kita lawan habis-habisan menentang BN yang tak guna tu. Pasti kan Terengganu akan datang milik kita dan Malaysia dibawah pemerintahan kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.