MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.
JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.
Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.
Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.
Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.
Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).
Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)
Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.
Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.
Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.
Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.
Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.
Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.
Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?
Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.
Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
January 28, 2009 at 11:28 am
Assalam..,Terima kasih atas smuanya,, ini nasihat yg berarti bagi saya, tp sy ingin bertanya, sy pernah menguatkan hati sy untuk tetap memakai jilbab. Tapi sekarang sy melepas jilbb sy, krna sy pikir tak apa tidak memakai jilbab asal cara berpakaian kita tdk mencolok, dan sopan, ternyata cukup sulit menerapkan ilmu agama ditengah2 masyarakat yg pemahamannya sudah seperti ini(misalnya ada yg melarang memakai jilbab ketika berfoto untuk ijasah, bahkan di tempat kerja ada yg tdk diterima jika memakai jilbab), bagaimana dgn smua itu ustadz,,??
Sukran …wasalam..
January 22, 2010 at 10:56 am
salam… boleh berkenlan???
December 5, 2011 at 8:22 am
bole, hehe
March 20, 2011 at 5:56 pm
“salam” saja.. “assalam” itu nama Allah beerti = Maha Sejahtera
+ sopan tidak akan mampu menutup aurat
+ solat tidak akan mampu menutup aurat
+ ….
rasanya cukup jelas..
March 18, 2009 at 7:38 pm
Sejak dari bangku sekolah sehingga menamatkan pengajian tinggi di universiti(minor pengajian islam), saya boleh dikategorikan seorang anak yang ta’at pada agama, lebih2 lagi ibu saya seorang ustazah.. dahulunya saya bertudung litup, berjubah…dan sesekali memakai purdah….memegang jawatan penting dalam dakwah Pljr islam M’sia…menyampaikan dakwah adalah rutin harian saya dalam usrah…rajin menuntut ilmu agama, menghafal dalil dalam al-quran..tapi …sebab itu, tidak hairanlah saya diberi banyak kepercayaan oleh ramai pihak…., solat hajat, dhuha witir walaupun 1 rakaat adalah amalan seharian saya…tapi,semenjak saya dianugerah ALLAH SWT dengan pekerjaan yang halal..semenjak 2 tahun sudah bekerja kenapa saya berubah hilang segala2nya, melupakan segalanya…saya berasa amat sedih dan amat sedih kadang amat pelik…mengapa???mungkin kah…hati ini sudah dibolak balik kan…tudung entah kemana, jubah jadi mini…fesyen ala2 daripada tak ada….tapi, satu saya bersyukur …saya tidak pernah meninggalkan solat 5 kali sehari, kalau tidak kesempatan pasti akan diqada’kan…cuma…tidak seperti dulu…wirid pun sudah ringkas….tapi hati saya tetap berpegangg bahwa…dalam apa jua yang saya lakukan..pasti akan ada penyesalan…dan sering mohon ampun pada ALLAH agar dibuka kan kembali petunjuk hidayah
February 2, 2011 at 10:12 am
assalamualaikum wbt.
saudari atri,
sesungguhnya hati manusia itu lebih cepat berbolak-balik daripada air yang menggelegak.mintalah pada Pemilik hati supaya ditetapkan iman..IMAN dan ISLAM..itulah bikmat terbesar antara nikmat yang dikurniakan kepada SEBAHAGIAN hambaNya.
wallahu’alam.
September 13, 2012 at 4:04 pm
apa yang awak maksudkan dengan mini. awak dah pakai sampai ke tahap yang seksi-meksi tu ke…
September 13, 2012 at 4:08 pm
Maaf kalau pertanyaan saya ni mengguris perasaan sdri Atri. Sy just nk tanya, sdri berpakaian mini ni sbb apa..mgkn boleh share kt sini…..
February 20, 2022 at 12:12 pm
setuju dgn @follower . Sharing la sikit Apa yg buat awk rasa nk berubah tu @atri
Boleh juga kami ni dapat input/pngajaran dri apa yg awk ceritakan. sbb apa yg awk ceritakan tu lebih kepada luahan je, agak trgantung yg awk cuba sampaikan. Sharing is caring kn
February 27, 2023 at 7:48 pm
pembahasan curhatnya neng atri.
February 27, 2023 at 7:50 pm
neng atri ude makan pa belon…ʔʔ
September 3, 2009 at 10:44 am
SALAM…IZIN DAN HALAL BAHAN NI YA SAYA AMBIL/LINK
January 22, 2010 at 10:53 am
salam… izinkan ana copy segala koleksi tazkirah yang ade… benda baik2 sama2 kte kongsi… takbir!!
April 8, 2010 at 8:29 am
Salam…izinkan juga ana utk copy sgala tazkirah yg ada…insyaALLAH,ana ingin kongsikan brsma shabat2 yg lain…
Syukran…^_^
April 20, 2010 at 3:38 pm
salam…izinkan sy utk copy tzkirah untuk disebarkan lagi kpd shabat2 sy..insyALLAH…
July 8, 2010 at 10:15 am
artikel ini btol2 menyentuh hati sy. izinkan sy utk berkongsi dgn kwn2 yg lain.
December 15, 2010 at 6:03 pm
assalamualaikumwrwb… mohon izin untuk menyebarkannya
April 7, 2011 at 2:40 am
assalamualaikum..mohon copy.
April 16, 2011 at 8:18 pm
Assalamualaikum,
mohon izin untuk menyalin dan dikongsi bersama teman2 saya
syukran jazilan
April 17, 2011 at 8:00 pm
asalamualaikum.. entry yg sngat berguna buat sy dan kawan2 yg masih bnyk kekurangan dlm menjalani kehidupan sebahagi seorg muslimah. jika tidak keberatan, article ini sy ingin kongsi dan share sedikit sebnyk..syukran
July 13, 2011 at 2:10 pm
terima kasih atas peringatan……………insyALLAH,saya minta kebenaran nak copy…
July 31, 2011 at 10:25 am
assalam. sy ingin meminta pndngn tntg rkn sy. dia tidak memakai tudung atas alasan dia sering dipanggil makcik, lalu dia menukar penampilan dan dari itu dia tidak disalah faham sebagai makcik lagi. tapi dia tidak berniat untuk mencari teman lelaki@menggoda sesiapa dgn penampilan itu. adakah ini pun dikira berdosa?? terima kasih
April 11, 2012 at 12:35 am
tetap berdosa.dalam islam niat tu tak menghalalkan cara.memanglah dia tak berniat nak goda lelaki tapi mungkin dengan penampilan macam tu,lelaki yang akan tergoda dengan dia.ingat,sebaik-baik perempuan adalah perempuan yang tidak dipandang dan tidak memandang.
August 8, 2011 at 1:34 am
salam ustaz..salam ramadhan juga…mohon copy tazkirah ni…nk post kt kwn2..terharu sgt bce…klu ustaz selitkn dalil2 quran byk skit lg bgus… :)
October 11, 2011 at 8:36 pm
Salam. Satu penjelasan yang mampu membuka minda msyarakat.. Mohon share pndpt ni.. Semoga perkongsian ini mampu membuka minda lebih ramai muslimah2 di luar sana :)
January 1, 2012 at 12:44 pm
mcm diri nurin jer yg last,,
xslh kan lau nurin cuba bljr ttp aurat skrg >
January 15, 2012 at 9:41 pm
izinkan saye share n copy ye pengisian ini ye..sangat tersentuh rasenye
April 21, 2012 at 12:31 am
|portal|direktori|cirebon|media|portal informasi|dilengkapi|peta|online|wilayah|cirebon…
[…]Menutup Aurat « AL ISLAM[…]…
June 17, 2012 at 4:05 pm
mohon share yee..tima kasih
July 27, 2012 at 11:52 pm
izin share ya…
trima kasih
September 20, 2012 at 3:30 am
mohon izin utk share..
November 1, 2012 at 11:22 am
Adakah solat wanita yang tidak sempurna menutup aurat, seperti tidak memakai tudung, tidak diteriam oleh Allah?
November 3, 2012 at 9:28 pm
izinkan saya untuk share :’)
January 29, 2014 at 11:26 am
ILMU YG BERMANFAAT IZIN SHARE…. :-)
May 1, 2014 at 8:16 am
Slm ukhuwah. sy dulunya juga sorang gadis yg menutup aurat trmasuk brpurdah tp smasa di ipt, sy mula rasa malu brpakaian muslimah, malah sy rasa happy & selesa pakai seksi. kdng2 sy cuba kembali spt dulu tp hati ini terasa berat. ada x sesiapa yg brada dlm situasi yg sama spt sy..sy hrp ada yg kongsi kt sini & lebi baik jika dpt d kongsikn jln penyelesaian
October 12, 2018 at 3:55 pm
Good information. Lucky me I found your blog by
accident (stumbleupon). I’ve bookmarked it for later!