Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.
Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.. Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.
Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini. Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika. Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini. Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?
Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi. Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.
Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia. Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.
Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism). Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.
Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel. Mengapa Yahudi begitu berkuasa?
Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.
Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Dona Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)
Presiden Universiti Yale, Richard Levin Yahudi. Begitu juga dengan Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR), Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), Bary Goldwater serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.
Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.
Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.
Tambahan lagi Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Old Couple), Andrew Vaina (Rambo) Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah semuanya Yahudi.
Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC). Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.
William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi. Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.
Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika. Semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam. Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.
Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk. Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia. Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.
Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus. Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).
Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian. Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.
Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya. Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.
Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R&D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.
Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak. Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya. Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada. Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.
Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak. Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus. Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia. Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.
Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.
Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion. Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa? Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.
ENGLISH IS EVERYTHING. dulu ARABIC IS EVERYTHING. dua2 ini adalah bahasa tamadun, bahasa ilmu, bahasa ekonomi pada sesatu tamadun dan bahasa Al Quran.
ps: buku dan sumber kajian para saintis islam dicuri dan di’hakmilikkan’ oleh kaum yahudi… sumber asal dihapuskan… x de sape kisah sbb umat islam x tau kepentingan ilmu dari dulu sampailah kini… “Mereka yang berilmu mampu menakluki dunia….”
September 4, 2008 at 3:26 pm
yahudi memang pembawa perubahan namun juga pembawa kehancuran,. benar?
February 8, 2009 at 12:58 am
Benar, sejarah telah membuktikan bangsa Yahudi memang paling genius, paling handsome dan paling jahat dan merupakan bangsa keturunan nabi-nabi ( antaranya Ibrahim, Ishak, Yaakub, Yusof, Daud, Sulaiman, Musa, Isa ). Tapi mereka ingkar perintah Allah s.w.t yang disampaikan oleh nabi-nabi mereka, sebaliknya membunuh nabi-nabi mereka. Sebab itulah mereka dilaknat Allah s.w.t sepanjang zaman. Tiada tanahair, dihina dan ditindas adalah akkibat perbuatan mereka sendiri. Bila mendapat kesenangan, kemewahan, kebijaksanaan dan berbagai nikmat lagi mereka tidak pernah bersyukur sedang nabi-nabi dari golongan mereka tidak pernah putus asa mengajak beriman kepada Allah s.w.t. Yahudi di alaf baru dengan kelebihan yang ada mereka sombong dan bongkak dan menindas bangsa-bangsa yang lemah. Mungkin Hitler ada benarnya..kerana sudah nampak bahaya Yahudi kepada Jerman ketika itu..
Dengan apa yang berlaku di Palestine sekarang, adakah beza Hitler dan Israel? atau Israel lebih dahsyat?
March 14, 2009 at 3:09 pm
dunia kini diancam kehancuran…
April 2, 2009 at 4:21 pm
itu memang fakta…bangsa yahudi mempunyai kelebihan2 yang sungguh luar biasa…
tetapi kesalahan mereka adalah…
kelebihan yang mereka punyai disalah artikan…
sehingga mereka menganggap bahwa bangsa lain tidak berguna…
mari kita ambil hikmatnya dan jika kita mempunyai kelebihan baiknya kita manfaatkan dngan baik, dan jadikan kelebihan kita sebagai berkat bagi kita maupun orng lain…
April 9, 2009 at 6:22 pm
Quran dah kata gitu dan dah ramai para nabi diturunkan dalam kaumnya, bertujuan untuk menyelamatkan kaum tersebut. Mereka tetap sombong. Oleh itu kita harus muhasabah/perbaiki diri sendiri.
September 25, 2009 at 10:31 am
walaupun bangsa yahudi dihina, dicaci, dikeji dan dijahanamkan hampir satu dunia terutamanya umat islam namun bangsa mereka tetap maju, berjaya dan ramai cendikiawan yang lahir dalam kalangan mereka. Mengapa? setelah menjalankan research/ kajian selama 10 tahun tinggal sebumbung di bumi israel ini, kumpulan pengkaji yang terlibat di sini mendapati tabiat dan gaya hidup mereka adalah jauh berbeza dengan masyarakat kita umumnya… Walaupun penduduk mereka tidak sebegitu ramai namun setiap org dri mereka memanfaatkan setiap saat dan detik yang ada. Masyarakat Yahudi rajin berusaha, susah untuk kita lihat budaya lepak remaja di israel ini..mereka hanya peruntukan purata untuk tidur 4 jam sehari…masyarakat yahudi juga mempunyai ego yang sangat tinggi..oleh itu, ego yang tinggi ini mendorong usaha mereka yang melampau..hasilnya benar, masyarakat yahudi ini telah banyak membantu kepada kemajuan dunia pada hari ini. buktinya jelas, saintis tersohor Albert Enstien telah membantu dalam penghasilan sumber tenaga nuklear berdasarkan formula Enstien yang telah menyumbang kepada ledakan kemajuan teknologi dan perindustrian..
Tidak cukup dengan itu memang benar ramai lagi Cendikiawan yang telah memajukan bidang perubatan sehingga berjaya mencari vaksin pertama, penawar penyakit menyelamatkan masyarakat kita pada hari ini..Benar, Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit…Beribu lagi cerdik pintar dalam kalangan yahudi dan nisbah dengan mana-mana masyarakat negara lain adalah jauh berbeza..Pendek kata, dunia dalam gengaman yahudi..Ingat lagi akan Krisis Maut dunia “Kemelesetan Dunia yang dicetus oleh bangsa Yahudi juga iaitu George Soros…Dilahirkan pada 12 Ogos 1930 di Budapest, Hungary, George Soros telah menjadi salah seorang pelabur yang amat terkenal di peringkat global.
George Soros (seorang Yahudi) terselamat semasa pendudukan Nazi di Budapest dan meninggalkan kerajaan Komunis Hungary pada 1947 dan menuju ke England, di mana dia menghabiskan pengajian di London School of Economics (LSE) atau Sekolah Ekonomi London.. Dengan hanya 1 butang boleh melancarkan kepincangan ekonomi global…
Dimanakah kedudukan masyarakat yahudi dibandingkan masyarakat dunia kita?dengan umat Islam mungkin?
Adakah benar mereka ini bangsa yang celaka dan perlu lenyap dari dunia ini atau sebaliknya…
Mereka menghargai setiap detik yang wujud, sekecil atom dan zarah pun tidak disia-siakan sedangkan masyarakat kita merempit di sana sini menyusahkan keluarga menghancurkan wawasan negara..apalah guna wujudnya masyarakat kita yang membebankan ini, tidak pernah bersyukur dengan saat yang ada…
kerana itu bangsa mereka diangkat, diselaputi benteng-benteng menahan thomah dan dusta daripada masyarakat yang berakal cetek..
Fikir-fikirkanlan, muhasabah diri dengan peristiwa yang telah berlaku. jangan hanya berpijak di dunia nyata tetapi berkata merata-rata memutarkan fakta yang nyata hanya disebabkan Asabiah..sekian untuk renungan bersama..
July 28, 2012 at 9:50 pm
Kita diajarkan supaya tidak terlalu taksub dengan dunia….. Dalam mereka semua, sapa plg taatdgn ibu bapa? Sapa plg byk menderma….. Siapa yg plg memprjuang yang tertindas…. Yahudi dari zaman nabi diberi segala kelebihan… Tapi tetap mereka berpling… Nabi saw bersabda yang baginda saw tak takut umat nya susah, yg dirisaukan adalah kesenangan yang diberikan dan lalu kita berlumba lumba memintas antara satu dgn yg lain dan kesenangan itu akan menghancurkan umat2 sebelum kamu…….
May 2, 2014 at 4:01 am
mohon di halalkan copy paste sebagai pengajaran dan disampaikan kepada semua umat islam. ilmu yang sangat berguna untuk kita semua.
September 19, 2014 at 7:34 am
certainly like your web-site however you need to test the spelling on quite a few of your posts.
Several of them are rife with spelling problems and
I find it very troublesome to inform the reality nevertheless I will surely come back again.