Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. - Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
July 3, 2008 at 12:55 pm
Katya yg mendalam maknanya…kita tunggu tulisan berikutnya,.. Salam silaturrahim..:)
December 4, 2008 at 4:25 am
Sesungguhnya engkau telah diberi nikmat yang banyak. Maka hendaklah engkau berkorban pada jalan Tuhanmu.Sesungguhnya mereka yang memusuhi engkaulah itulah yang terputus (abtar)
Dalam maksud yang lebih luas ialah Kita sebagai orang seorang Islam telah diberi Allah nikmat yang begitu banyak sehingga tidak terhitung. Nikmat Iman, Nikmat Kesihatan dan sebagainya. Oleh itu wajarlah sebagai mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan kepada kita ini, kita berkorban (dalam erti kata yang lebih luas) tenaga, harta benda malah nyawa kita untuk meletakkan syiar Islam di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak pernah putus bagi mereka yang beriman dan bertakwa.
November 8, 2011 at 11:22 pm
Salam, boleh sy ambil bahan2 bacaan untuk disebarkan kepada saudarsa2 kita?
December 24, 2011 at 10:21 am
Mohon share…
January 16, 2012 at 7:55 am
susu kambing…
[…]Kelebihan Surah Al Kausar « AL ISLAM[…]…
February 28, 2012 at 1:01 pm
Subhanaallah!
July 22, 2013 at 8:59 am
aamiin.. sudah mnjadi kebiasaan ku. mmbcanya
dlm sholat…
January 14, 2014 at 10:24 am
Subhanalloh
January 14, 2014 at 10:29 am
Subhanalloh
Nahdlatul Ulama’ Boleh’