Pandangan & Pendapat

Saya sebagai rakyat Malaysia kesal dengan pemimpin sedemikian. Sejak keputusan pilihanraya yang lalu pelbagai isu timbul dari segi perlantikan, perletakan jawatan, perebutan kuasa, penderhakaan dan sebagainya. Inilah kali pertama berlaku dalam pentadbiran Malaysia bahawa menunjukkan kelemahan kita sebagai orang melayu dan Islam dari segi pentadbiran.

Ini menunjukkan bahawa kita Malaysia walaupun tengah membangun tetapi pemimpin tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tegas. Justeru itu ramailah ahli-ahli UMNO sendiri yang kurang puas hati dengan perlantikan jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri di Malaysia ini.

Saya masih ingatlah lagi bahawa Paklah sendiri menyatakan dalam media bahawa calon yang tidak bertanding dan kalah tidak akan dilantik tetapi dilantik didalam kabinet. Timbalan yang sepatutnya naik menjadi menteri sepenuhnya masih dikekalkan. Calon yang menang pula ada yang tidak dijadikan menteri dan tidak ada sebarang jawatan dalam kabinet. Dengan ini juga timbul pula isu perlantikan MB Terengganu antara Ahmad Said dan Ideris Jusoh. Bahkan menentang keputusan Sultan ataupun yang dipertuan agong. Sambil itu juga cuba membuat ugutan sekiranya Ahmad Said menerima jawatan tersebut akan dipecat daripada ahli UMNO dalam Majlis Tertinggi. Tetapi kini kita sudah tahu sebaliknya yang berlaku. Pengikut Ideris jusoh pun cuba membuat tunjuk perasaan dengan melaungkan pelbagai sepanduk dihadapan Istana Sultan Terengganu. Ini sungguh memalukan kita sebagai rakyat Malaysia dan juga Rukun Negara kita sendiri ” Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”. Dimana letaknya maruah kita sebagai orang melayu yang mempunyai raja yang berdaulat?

Negara kita Malaysia kaya dengan bahasa, agama dan bangsa tetapi telah dikotori oleh orang UMNO sendiri kerana taksub akan pimpinan mereka. Sedarlah wahai rakyat Malaysia kerana kita sendiri mengalami perubahan pembangunan yang semakin merosakkan. Sepatutnya kita sebagai pemimpin hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada kata-kata yang dilafazkan kerana diakhirat esok akan ditanya dimana janjimu kepada rakyat dan apa yang kamu buat semasa pemerintahan kamu.