Di sini dicoretkan beberapa peristiwa yang berlaku semenjak Rasulullah S.A.W dilahirkan sehinggalah kenabian baginda untuk pengetahuan kita bersama.

Baginda S.A.W berumur setahun

Halimah Sa’diah datang ke Mekah dan mengambil baginda untuk dibawa pulang ke bani Sa’ad bagi tujuan mengasuh sebagaimana adat masyarakat arab dulu

Ketika berumur dua tahun

Sayyidina Abu Bakar dilahirkan.

Ketika berumur tiga tahun

Berlakunya peristiwa pembelahan dada baginda buat kali pertama. Menurut riwayat yang lain berlaku ketika umur baginda empat tahun dan satu riwayat lagi ketika umur baginda lima tahun.

Ketika berumur lima tahun

Halimah Sa’diah mengembalikan baginda kepada ibunya

Ketika berumur enam tahun

Baginda bersama ibunya keluar untuk menziarahi bapa-bapa saudaranya daripada bani Adi bin an-Najjar di Madinah. Pada tahun ini juga ibu baginda wafat dalam perjalanan pulang iaitu di Abwa’

Ketika berumur lapan tahun

Datuknya Abdul Muttalib wafat menurut riwayat yang paling ramai. Penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Tholib.

Ketika berumur sembilan tahun

Baginda keluar bersama bapa saudaranya Abu Tholib ke Syam untuk berniaga

Ketika berumur tiga belas tahun

Sayyidina Umar al-Khattob dilahirkan

Ketika berumur empat belas tahun

Berlakunya peperangan al-Fajjar antara kabilah Kinanah dan Qais. Rasulullah S.A.W turut serta dalam peperangan ini dan ia merupakan peperangan yang pertama disertai oleh baginda. Ia dinamakan al-Fajjar kerana berlaku pada bulan haram.

Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian Fudhul dan dikatakan ia dinamakan Fudhul kerana dihadiri oleh kumpulan daripada Jurhum yang mana setiap mereka bernama al-Fadhlu. Bani Quraisy telah mermbuat perjanjian di Darul Nadwah dan bersepakat untuk menghalangi orang zalim daripada melakukan kezaliman. Mereka bersepakat di rumah Abdullah bin Jud’an. baginda S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Apa yang aku suka untuk aku berjani ialah kehadiranku di rumah Ibnu Jud’an Hamr an-Nia’m dan jika aku diajak baginya nescaya aku menyukainya.

Ketika berumur dua puluh lima tahun

Baginda keluar bersama dengan Maisarah dalam menjual barangan perniagaan Siti Khadijah sebelum baginda mengahwini Siti Khadijah dua bulan selepas itu pada tahun yang sama.

Ketika berumur tiga puluh tahun

Sayyidina Ali bin Abu Tholib dilahirkan berhampiran Ka’bah

Ketika berumur tiga puluh empat tahun

Lahirnya Mu’awiyah bin Abu Sufian dan Mu’az bin Jabal

Ketika berumur tiga puluh lima tahun

-Telah tersebar mengenai telah munculnya baginda dan juga berkat serta sifat amanahnya

– Fatimah az-Zahra’ dilahirkan

– Ka’bah runtuh dan Quraisy telah membaik pulihnya yang mana baginda telah diminta untuk memberi pendapat tentang bagaimana cara untuk meletakkan kembali hajarul aswad ditempatnya kembali bagi menyelesaikan pertenglingkahan antara mereka.Baginda telah mengambil sehelai kain yang mana hajarul aswad diletakkan dalamnya dan selepas itu baginda meminta 4 orang pemimpin utama Quraisy agar memegang keempat-empat punca kain  itu. Apabila tiba ditempat asalnya maka Rasulullah S.A.W mengambil hajaru aswad itu dan dimeletaknya dengan mengunakan tangan baginda yang mulia.,

Ketika berumur tiga puluh lapan tahun

Berlakunya tanda-tanda awal kenabian baginda yang mana baginda telah melihat cahaya dan mendengar suara tetapi tidak melihat tuan suara tersebut. Baginda mula berkhalwat di gua Hira’

Ketika berumur empat puluh tahun

Jibril telah datang menemui baginda untuk menyampaikan wahyu daripada Allah. Permulaan kenabian ini disebut berlaku pada hari Isnin.

Tahun pertama kenabian baginda

Siti Khadijah, Ali bin Abu Tholib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam

Inilah antara peristiwa penting yang berlaku semenjak nabi S.A.W dilahirkan sehinggalah tahun pertama kenabian baginda S.A.W. Insya Allah selepas ini akan dicoretkan mengenai beberapa peristiwa yang lain selepas kenabian. Semoga ia dapat menambahkan lagi pengetahuan kita tentang peristiwa yang penting sepanjang hayat baginda untk renungan bersama.

6 Responses to “Umur Baginda Dan Peristiwa Penting”

  1. yuyu Says:

    lihat keterangan Ketika berumur tiga puluh lapan tahun

    Baginda mula “berkhalwat” di gua Hira’.

    Astaghfirullahalazim.
    perbetulkanla cepat…

  2. muhajirah Says:

    salam kepada yuyu. berkhalwat bermaksud mengasingkn diri,bersendirian, yakni disini, nabi s.a.w mengasingkn dirinya drpd masyarakat arab jahiliyah masa tu dan bertahannuth [beribadah] di gua hira’.
    tiada salahnya perkataan berkhalwat disini.
    carila dari sumber2 lain utk lebih yakin, sekadar berkongsi ilmu~

  3. HabibuRRahman Says:

    DIALAM KEWALIAN DINAMAKAN ALAM PERTAPAAN…. Paduka Nabi SAW telah menjalani Alam Pertapaan diGua Hiraq Jabal Nur, selama 44 hari. Maka Wahyu Pertama yg diturunkan melalui Malaikat Jibrail adalah Surah Al-Alaq (Segumpal Darah) : “Baca olehmu dgn Nama Tuhan-mu yg telah menciptakan. Telah menciptakan Manusia dari segumpal darah….” Ada pendapat mengkhabarkan kemudian disusuli pula dgn turunnya Wahyu Kedua, yaitu Surah Al-Muddathsir (Yg Berselimut) : “Wahai orang yg berselimut. Bangunlah lalu berikanlah peringatan….”

    Maka ibadahnya Nabi SAW diGua Hiraq itu hanya difahami melalui perkhabaran sejarah apa yg tersurat. Sedangkan sejarah apa yg tersirat tidak ketahuan, banyak lagi yg maseh terpendam. Sebab apa Rasulullah SAW menjalani ibadah pertapaan selama 44 hari.? Perlu diketahui ruang utama Gua Hiraq itu cumaan bisa memuatkan Nabi SAW seorang, itu pun dlm posisi ketika duduk sahaja, Nabi SAW ngak bisa berdiri. Cuba renongkan apakah bentuk ibadahnya Nabi SAW dlm ruang yg sempit itu..?? Maka rata2 kita meyakini dari Gua Hiraq itu, maka terhimpon semuanya dlm Al-Quran. Apakah sebenarnya yg diperolehi oleh Nabi SAW sepanjang Alam Pertapaan selama 44 hari itu..?? Jawabannya ngak ketahuan, ….Allahu’alam….

  4. dih Says:

    mohon izin copy paste tulisan ini dan dihalalkan..terimakasih

  5. Ujang Aak Says:

    mohon di halalkan copy paste sebagai pengajaran dan disampaikan kepada semua umat islam. ilmu yang sangat berguna untuk kita semua.

  6. Hamba Allah Says:

    Assalamualaikum admin.
    Nak tanya,, dalam kotak nombor 2 tu kan,, bukan ke Saidina Abu Bakar lebih tua dari Rasulullah? Tapi kenapa admin buat time tu beliau baru lahir?

Leave a comment