Isu air yang cuba dibangkitkan oleh Menteri Tenaga Air Dan Komunikasi Dato Shaziman Abu Mansor kerana Kerajaan Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu air kepada rakyat Selangor bermula dari Jun 2008. Kata beliau Selangor mempunyai sungai yang sangat kotor dan masih mengharapkan sumber air mentah dari Pahang.

Petikan Utusan 18/4/2008

Kenapa pula sekarang hendak adakan isu, kerajaan sepatutnya dari dulu lagi menurunkan harga air kepada rakyat bukannya menambahkan beban rakyat. Jangan cuba jadi air sebagai isu. Kalau diikutkan lagi banyak isu yang sepatutnya BN fikirkan untuk kepentingan rakyat seperti isu bahasa Melayu dalam pembelajaran, isu buku teks dan pembahagiannya, isu pembaziran pembaikan MRR2 yang melibat kos hampir berbilion ringgit, isu bangunan bocor, projek-projek pembangunan rakyat tetapi tidak ada kepentingan dan kaitan langsung untuk rakyat dan banyak lagi. Itu tidak termasuk lagi projek berbilion-bilion yang hanya membawa menaikkan nama Malaysia tetapi menambah kesengsaraan rakyat.

Kalau diikutkan lagi banyak perkara yang harus difikirkan oleh BN untuk kebaikan rakyat. Jangan hanya menuding jari kepada orang lain. Lihat kelemahan diri sendiri dulu. Berapa abad BN memerintah Selangor tidak pernah sedikit pun hendak memikirkan rakyat jelata. Biarlah kerajaan baru ini membuat pembaharuan sedikit demi sedikit demi untuk rakyat Selangor.

Bahkan banyak lagi tanggungan rakyat Selangor selain letrik, air, cukai pintu, cukai pembentongan, kos itu, kos ini. Cubalah fikir-fikirkan berapa banyak sebulan kami kena bayar. Itu tidak termasuk lagi kos pembelajaran anak-anak sekolah. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah derita.

P/S : Anda (BN) boleh bercakap pada masa anda berpangkat, tetapi bila anda dibawah macam kami, baru anda tahu apa itu derita. Ditindas, dikenakan pelbagai bayaran. Prosedur sana sini. Anda tunggulah nanti kami akan pastikan Malaysia ini dibawah Parti Alternatif untuk memerintah.