KUALA LUMPUR 17 April – Langkah kerajaan terus memberikan subsidi minyak bagi mengelak kenaikan harga bahan bakar itu disambut baik kerana ia dapat mengurangkan bebanan rakyat.

Bagaimanapun pakar ekonomi berpendapat subsidi yang diberikan itu wajar ditarik balik sedikit demi sedikit bagi mengurangkan bebanan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Kajian Permuafakatan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Saidun, bimbang ekonomi negara mungkin terjejas jika kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang terlalu tinggi.

”Rakyat perlu bersedia untuk hidup bebas daripada subsidi dengan meningkatkan daya kerja agar pendapatan mereka bertambah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat mengenai situasi sebenar harga minyak dunia kini.

Beliau turut menyarankan supaya subsidi hanya diberi kepada kumpulan sasaran tertentu, seperti golongan kurang berkemampuan.

”Bagaimanapun, kerajaan perlu menggunakan mekanisme yang terbaik supaya tidak berlaku sebarang ketirisan dalam pemberian subsidi itu,” jelasnya.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, subsidi minyak perlu diteruskan kerana ia dapat meningkatkan produktiviti negara.

Comment : Kenapa pakar ekonomi ni nak jugak naikkan harga minyak? Petronas beberapa tahun lalu pun ada mengumumkan keuntungan minyak tiap-tiap tahun puluhan bilion ringgit. Apa salahnya ambik duit petronas sikit bayar subsidi itu bagi mengurangkan kos subsidi. Kenapa negara Brunei antara negara Asia yang mengeksport minyak dan mengenakan harga yang paling murah di Asia ini? Kalau betullah kerajaan tidak ada duit mana datang wang untuk project berbilion ringgit untuk rel keretapi laju nanti, koridor utara berapa bilion kos? BN is a liar… Kalau diikutkan kita adalah pengeluar minyak mentah dan harga yang naik ialah minyak mentah. Maknanya minyak mentah yang naik bukannya minyak yang sudah diproses. Kerajaan akan bertambah untunglah kerana minyak mentah naik dipasaran dunia. Kerajaan dan Petronaskan sama ajer….ape susah2 kecoh2 pasal minyak…….