Hadis :
“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)” (Bukhari)

Huraian :
1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.
(more…)

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.
(more…)

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

(more…)


PEDOMAN

SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN

Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta’ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:

(more…)

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

(more…)

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

(more…)

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

(more…)

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada’]. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
(more…)

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.

(more…)

Bulan RABIUL AWWAL sudah berlalu. Nasyid selawat dan marhaban yang sentiasa diperdendangkan selama sebulan telah berhenti. Sambutan maulidul rasul tamat seketika untuk tahun ini. Kedatangan rabiul akhir telah menghentikan kemeriahan rabiul awwal. Kedatangannya juga telah menghentikan atau sedikit sebanyak telah meredakan percanggahan pendapat tentang keharusan atau tidak mengadakan sambutan maulidul rasul. Inilah yang kita lihat saban tahun. Pengulangan tahun hijrah mengulangkan sambutan maulidul rasul dan apa yang ada bersamanya. Soalnya, di manakah hasil atau kesan daripada sambutan maulidul rasul?

(more…)

Istigfar

Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka. Riwayat Ahmad

(more…)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)

(more…)

Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah.

(more…)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka siapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi , Ahmad )

Ilmu merupakan warisan para nabi dan para nabi tidak mewariskan dirham dan tidak pula dinar, tetapi yang mereka wariskan adalah ilmu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Manusia yang afdhal ialah mukmin yang ‘alim. Bila orang berhajat kepadanya (ILMUNYA), mereka itu dapat mengambil faedah darinya, .”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Iman itu bertelanjang, dan pakaiannya itu takwa dan perhiasannya itu malu, dan buahnya (hasilnya) itu ilmu

8 Golongan yang boleh memberikan syafaat dengan izin Allah ialah:-

  • Malaikat,
  • Quran(syafaat yang besar kerana ia adalah qalam Allah)
  • Nabi Muhammad s.a.w.,
  • Para ulama,
  • Para wali,
  • Sidiqin (orang-orang jujur),
  • Solehin (orang-orang soleh),
  • Hafiz (yang hafal al-quran dan beramal dengannya). Hafiz yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.

(more…)