Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)

Azan ialah sunnah Nabi s.a.w. Mulanya semua sembahyang di rumah masing-masing. Nabi buntu berfikir cara untuk memanggil para sahabat sembahyang berjemaah. Kemudian seorang sahabat bermimpi berjumpa seorang berjubah hijau (malaikat) mengajarnya kalimah azan. Sayyidina Umar r.a. juga mimpi yang sama sebelum itu. Lalu nabi s.a.w menyuruh diajarkan kalimah azan kepada Sayyidina Bilal r.a.

Azan bukanlah syariat, tetapi sunnah Nabi. Sembahyang tetap sah walaupun tanpa azan. (Bukan seperti yang diterjemahkan dalam televisyen “tuhan yang mensyariatkan seruan azan)

kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di maqam mahmud

Maqam Mahmud ialah nama satu tempat yang paling istimewa di syurga, seorang sahaja yang boleh memilikinya iaitu Nabi s.a.w. Ia bukannya “tempat terpuji” seperti yang biasa di terjemahkan di dalam televisyen. Semua tempat dalam syurga adalah tempat yang terpuji.

Ada seorang wali mengatakan angka yang dikehendaki untuk Nabi s.a.w dapat tempat itu (Maqam Mahmud) telah cukup (melalui kasyafnya). Walaupun begitu masih sunnah untuk mengamalkan doa tersebut.Nabi s.a.w sebenarnya tidak perlu kepada doa kita. Inilah akhlak Baginda yang mulia iaitu tawaduk dan merendah diri.

Siapa yang berdoa dengan doa di atas, Nabi akan memberinya syafaat (recommendation) untuk masuk syurga