Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

(more…)

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

(more…)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud“, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)

(more…)