Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah.

Dalam hadith yang lain:

Sabda Rasulullah S.A.W, “Sembahyang di masjidku sama nilainya dengan sepuluh ribu sembahyang…..

Ertinya gandaan pahala sembahyang di masjid Nabi (Masjid Nabawi) ialah minimum 1,000 dan maksimum 10,000. Ulama juga berbeza pendapat dalam membahaskan samada sembahyang fardu atau sunat yang digandakan. Kalau 1 waktu sembahyang fardu = 1,000 sembahyang, maknanya 1 waktu di masjid Nabi = 1 tahun sembahyang.

Tiga buah masjid yang penting dan sangat agung di dalam sejarah umat Islam ialah:

  1. Masjidil Haram (Masjid Allah yang terletak di tanah haram),
  2. Masjid Nabi (Masjid Nabawi) dan
  3. Masjidil al-Aqsa (masjid cerah)