Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

(more…)

Apabila kita membicarakan isu mengenai nyanyian dan muzik, setiap umat Islam hendaklah melihat isu dengan kaca mata ilmu yang benar. Kita tidak boleh mengutip apa sahaja pandangan yang dikeluarkan tanpa menilai sedalam-dalamnya dan bagaimana kesannya kepada umat. Kita perlu sedar bahawa zaman kita ini bukanlah zaman yang terbaik bahkan kalau kita lihat daripada hadis-hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) menerangkan bahawa zaman ini adalah zaman yang dipenuhi dengan kerosakan dan kefasadan. Zaman ini disebut sebagai zaman di ambang Kiamat.

(more…)