1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
July 19, 2008 at 4:31 pm
Untuk Orang Yang Ada Sijil Nikah… (Bacalah)
November 3, 2008 at 4:30 am
ass. bagus banget isinya..jadi tambah semangat jd sebaik baik wanita.akhi tolong dicantumkan juga keterangan haditsnya
January 10, 2009 at 3:24 pm
sangat susah menjadi seorang wanita yg sempurna akhlak nya.. tp.. kalau berusaha k arah itu.. bnyk sangat pahala dan kebaikan yang diberikan oleh Allah..
April 5, 2010 at 1:58 pm
bagus sgt..wanita memang mudah untuk peroleh pahala..
May 16, 2010 at 1:47 pm
Subhanalloh
memang sbg perempuan sy merasakan kelebihan itu he3x
Makanya sy berusaha all out dr kelebihan itu.Hasilnya sementara ini anak2 sy yang sy didik dengan optimalisasi amanah dari alloh pada saya, anak2 jd anak yang berprestasi dan bisa membawa islam dengan baik.Saya berusaha menjabat sebagai kepala sekolah dirumah dan memfungsikan rumah sbg pesantren
June 1, 2010 at 2:21 pm
syukur sy seorang wanita
July 5, 2010 at 1:56 pm
wanita yg rela menshodaqohkan penghasilan demi membantu suaminya?
August 31, 2010 at 11:56 am
syukron rabb,KAU telah membuka mata hatiku sebagai seorang perempuan…
September 7, 2010 at 10:51 am
Komentar yang sangat menarik. Perlu dipraktikkan oleh seluruh wanita. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk menjadi seorang yang sabar taat kepada suami. Tetapi kebiasaan akan menjadi mudah dan senang untuk setiap wanita di dunia. Amin. Subhanallah
November 9, 2010 at 10:20 pm
Allah Hu Akbar..
January 19, 2011 at 12:43 pm
moge aku akan jadi isteri yang solehah apabila bergelar seorang isteri..amin
July 15, 2011 at 12:17 pm
ya allah…sungguh mulianya menjadi seorang wanita…dan bertapa agongnye wanita di sisi allah….bagi insan2 lelaki yg dia luar sana….bahawa hargailai dan hormati lah kaum wanita…sesungguhnya pun…wanita adalah dari golongan yang lemah….
July 15, 2011 at 12:20 pm
saya amat berbangga dan bersyukur menjadi seorang wanita…!!!
July 29, 2011 at 8:28 am
July 29, 2011 at 8:29 am
tersentuh hatiku membaca semua ini…
alangkah indah menjadi wanita…..
August 4, 2011 at 12:32 pm
subhanallah..
bgitu mulia nya mnjadi seorang Wanita, Apalagi menjadi Wanita yang Sholeha…
ingin rasanya aku menjadi wanita yang soleha..
August 12, 2011 at 6:24 pm
AQ BRSYUKUR MNJD SEORG WANTA dn brbgga mnjd wanita kerna Allah bg wanita bg2 byk keistimewaan…..dn wanita jga kla sng msok syurga dn neraka
August 17, 2011 at 7:00 am
salam akhi.
mohon share :)
August 17, 2011 at 7:09 am
[…] : sini Advertisement GA_googleAddAttr("AdOpt", "0"); GA_googleAddAttr("Origin", "other"); […]
August 23, 2011 at 10:28 pm
pengarang tlong jelaskn pda sy no 40.kurang fham..tQ
September 29, 2011 at 9:08 pm
kalau bisa, cantumkan dalil yang mendukung.
September 29, 2011 at 9:09 pm
kalau bisa dicantumkan dalil yang mendukung.
November 12, 2011 at 8:33 pm
betapa mulianya kaum hawa yg bisa menjalankan semua ini .aku juga sebagai kaum hawa. setelah mambaca urain ini hatiku ingin sekali menjalaninya persis apa yg diuraikan ini. tapi apakah aku bisa? oh ya allah berilah hidayahmu pd hambamu ini.agar bisa menjalankan semua ini. or menjalankan segala perintah engkau and terima kasih kpd anda berkat urain anda ini bisa menambah or mengisi rochaniku(kami).ku berdoa untuk anda semoga anda selalu di dalam pelindungan allah S .W .T. and selamat di dunia wal akhir at wasalam dari anak putu and mantu turun temurun sampai hari akhirpun kalau masih da nama anda ameen
December 8, 2011 at 11:02 pm
mohon ijin untuk dishare kembali.
January 30, 2012 at 10:36 pm
SubhanAllah, Ya Rahman Ya Rahim.
March 1, 2012 at 2:53 pm
[…] Sumber: https://smzblog.wordpress.com/2008/06/18/41-kelebihan-wanita-islam/ […]
March 6, 2012 at 12:04 pm
kelebihan yg bergelar wanita….
March 19, 2012 at 8:46 pm
ternyata wanita punya bnyk klbhn
April 17, 2012 at 6:30 am
Crystal X…
[…]41 Kelebihan Wanita Islam « AL ISLAM[…]…
May 10, 2012 at 7:03 pm
mohon share ye ,di facebook saya ..terima kasih:)
August 12, 2012 at 9:34 am
salamm..mtk copy..time kasih..
September 19, 2012 at 7:04 pm
assalamulaikum….sy minta izin nk share artikel ini…..tuk di smpaikn pd sudara2 seislam lain…tima ksh
November 25, 2012 at 7:54 am
salam…sy minta share juga…sungguh bermakna…
February 12, 2013 at 8:44 pm
jadi pengen besok punya istri yg sprt itu.
April 24, 2013 at 8:14 pm
saya beruntung dilahirkan ke dunia sbg perempuan!!!!
May 27, 2013 at 2:06 pm
[…] istighfar..kata-kata itu mencerminkan diri…https://smzblog.wordpress.com/2008/06/18/41-kelebihan-wanita-islam/ …. Islam itu adil..Tepuk dada tanya […]
November 4, 2013 at 8:19 pm
Alhamdulillah . Terima kasih kerana telah mengongsikan maklumat soal keagamaan Islam . Maklumat tersebut sungguh berguna dan bermanfaat serta patut diaplikasi dalam kehidupan umat Islam . Moga-moga Allah SWT akan memberkati segala usaha baik saudara / saudari . :)
November 12, 2013 at 8:05 am
Assalamualaikum..kpd akak2 & puan2 jaga & hormati la suami2 kalian & kpd si gadis,dara,priya,sunti atau sebalik ny,.martabatkan & lindungi la maruah kalian sbg muslimah sjati..juga kpd tomboy sudah2 la merepek.. `wanita juga adlah hiasan dunia & sbaik2 hiasan juga adlah wanita solehah` Amin
December 19, 2013 at 11:51 am
PLEASE PROUD TO BECOME AS WOMEN.. :) ALHAMDULILLAH
February 17, 2014 at 10:54 am
Sungguh banyka kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Sila rebut peluang ini. Mohon dihalalkan share artikel nie.
November 20, 2014 at 3:11 pm
izin share
January 2, 2015 at 5:09 pm
allahhuma shollialamuhammad waali muhammad.
izin cofy maskur