Dan sesungguhnya kami(Allah) telah mengurniakan hikmah(kebijaksanaan) kepada Luqman: Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah! Siapa yang, sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan siapa kufur sesungguhnya Allah itu kaya lagi terpuji.
Surah Luqman; ayat 12
Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.
Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
Para ulama’ sepakat mengatakan Luqman itu seorang ahli hikmah (bijaksana) bukan seorang nabi kecuali Ikrimah dan Assyi’bi sahaja mengatakannya nabi kerana lafaz hikmah dalam ayat ini dimaknakan “kenabian”. Dan dikatakan apabila Luqman disuruh memilih hikmah dengan Nubuwwah(Kenabian) dipilihnya hikmah.
Adalah diceritakan , bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: ” Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukum yang benar?” Jawabnya” Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.
Kemudian para malaikat pun bertanya” Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?” Luqman menjawab: sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik dari dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat. Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah.
Ada pula diceritakan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu @ gembala kambing. Apabila bertemu seorang lelaki dia bercakap penuh hikmah sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya ” bukankah engkau seorang gembala kambing?” Luqman menjawab “benar”. Lalu tanya lelaki itu “bagaimana engkau mencapai kedudukan bagini?” Luqman menjawab ” Aku mendapat dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tidak ambil tahu apa yang bukan
urusanku”.
Sesetengah ulama’ mengatakan Luqman seorang hamba hitam dari Sudan Mesir, bibirnya tebal dan tapak kakinya retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang Sudan itu 3 orang iaitu Bilal bin Robah, Mahja’ hamba saidina Umar dan Luqman. Orang keempat pula ialah an-Najasyi raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi s.a.w.
Dipetik dari Tafsir al-Quran, Pustaka Mizan, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad
March 19, 2010 at 8:33 pm
terima kasih atas perkongsiannya.
June 1, 2010 at 8:59 am
hmmm… means luqman ni lelaki la yer??asal kwn aku ckp luqman ni pompuan ??…
July 4, 2010 at 2:42 am
begitulah tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah swt yang mengajarkan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
July 26, 2010 at 10:37 pm
x ckup utk aq wt rujukan
November 30, 2010 at 7:16 am
kenyataan nya ada lah : Setiap pengetahuan yang boleh memberi faedah kepada manusia ada lah kurniaan Illahi dan menjadi penyuluh ataupun panduan kepada semua , tanpa perlu sangat kita mengetahui dari siapa yang memberitahu ./
April 17, 2011 at 3:57 pm
terima kasih kerana kongsi cerita luqman akhakim itu
May 15, 2011 at 1:06 am
mohon share. :)
May 17, 2011 at 1:51 am
mengikut kajian di lakukan beserta bukti yg di kaitkan dengan alquran, lokman alhakim adalah socrates bagi org barat..perkataan lokman = lukoman = peminum..spt mana dketahui, socrates telah di hukum bunuh oleh pemerintahnya dengan meminum racun kerana dia cuba menyebarkan agama mononisme iaitu percaya kepada tuhan yg satu…pada zaman kajian hanya socrates yg mengalami kaitan dengan peminum(meminum racun)yang di maksudkan oleh alquran..dan sejarah socrates juga related dengan surah lokman..cerita socrates kemudiannya telah di pesongkan dengan memasukkan unsur paganisme oleh org2 barat ketika itu..berikut adalah urutan murid kepada socrates iaitu socrates>plato>aristotle>alexender..mereka semua beragama mononisme iaitu pecaya akan tuhan yg satu bukan sepert yg di gambarkan oleh pihak barat..alexender yg sebenarnya ialah al-iskander (Iskandar Zulkarnain)…
August 29, 2011 at 1:15 am
ada sumber pendidikan luqman al-hakim tak? nak tahu.
November 11, 2011 at 7:01 pm
bijak sungguh najihah…bykkn belajar, bkn pada nama ID je kena bijak…
March 20, 2012 at 12:37 am
SEPATUT NYA SEJARAWAN DAN ILMUAN ISLAM BERUSAHA MENEMUKAN
SIAPA SEBENAR NYA LUQMAN HAKIM .MALANG SEKALI ILMUAN ISLAM SEBUK DENGAN URUSAN NAFSU PERSENDIRIAN SAPERTI BERTUKAR KERETA , MEMBELI BANGLO DLL. AMAT KURANG NIAT MENGKAJI DAN MEMAHAMI ALQURAN DI LUAR NAFSU SAPERTI DI LAKUKAN OLEH ILMUAN BUKAN ISLAM
April 6, 2012 at 4:35 am
[…] Sumber: https://smzblog.wordpress.com Perkongsian Artikel:BookmarkMoreEmailPrintStumbleUponLinkedInDiggFacebookRedditTwitterLike […]
May 30, 2012 at 1:11 am
bijak sungguh Luqmanul Hakim…..
June 15, 2012 at 8:43 pm
Haiii
January 21, 2013 at 1:11 am
Kata editor PTS, lepas ini Muhammad Alexander akan menerbitkan buku “Socrates adalah Luqman Hakim berkulit Hitam” sempena Pesta Buku Antarbangsa 2013, katanya buku ini akan membongkar misteri Luqman Hakim, dan Socrates memang Luqman sebenar!
February 14, 2013 at 2:13 am
Salam hormat,
Rujukan utama untuk mengenali Lukman Hakim ialah Quran itu sendiri.
Hikmah kebijaksanaan bukanlah suatu yang datang secara tiba-tiba bagai mimpi. Kebijakanaan merupakan akibat daripada penggunaan akal fikiran yang sihat disertakan dengan tingkah laku yang baik kerana menurut perintah-perintah Tuhan semata-mata. Anjuran supaya berbicara dengan lebih baik semasa berbicara dengan orang lain mestilah dipupuk dengan usaha yang berterusan. Tiada siapa, sebagai orang biasa yang dilahirkan terus petah berbicara (jika adapun, ini bukalah contoh yang baik yang mampu diikuti oleh kita), kebolehan berhujjah mestilah dilakukan dengan latihan demi latihan yang berterusan.
Hikmah kebijaksanaan yang diberian bukan menyebabkan Lukman menjadi bangga, sebaliknya dia patuh kepada suruhan Tuhan untuk bersyukur. Dia mengetahui kesan bersyukur kepada Tuhannya.
Perkara utama yang diterangkan oleh Tuhan ialah peranan Lukman untuk menyedarkan orang lain supaya jangan menyekutukan Tuhan. Usaha ini dilakukan seperti seorang ayah mendidik seorang anak yang sangat dikasihi.
Al-Quran yang mengandungi hikmah yang tetap kukuh dan menjadi hidayah kepada sesiapa yang ingin mematuhinya merupakan Rahmat daripada Tuhan Sekalian alam. Siapa yang ingin mencari dan mengenali Lukman Hakim selayaknya memerhatikan tanda-tanda ini.
Apakah dari cerita-cerita yang diperdengarkan kepada kita sebelum ini layak untuk dikaitkan dengan dia. Macamana mengenali orang yang mempunyai akal yang sihat dengan tidak menggunakan akal? Belajarlah menggunakan akal yang sihat anugarah Tuhan sebagaimana Lukman menggunakannya.
Saya bimbang, mengaitkan Lukman yang berbagai cerita dengan Nabi-nabi a.s yang awal-awal akan merendahkan darjah nabi-nabi a.s. Satu lagi perkara yang layak diambil kira ialah petikan ini, iaitu ” Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukandari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” An-Nisaa’ 4:82
Mengaitkan orang bijaksana dengan orang-orang lain yang tidak layak juga merendahkan akal yang sihat dan merendahkah Lukman Hakim. Carilah orang yang sepadan dengan keadaan kebijaksanaannya dan orang yang bertujuan mengesakan Tuhan.
Semoga saya diberikan kesempatan untuk membandingkan Lokman Hakim dengan orang yang sama layak dengan dia.
March 30, 2013 at 9:48 pm
semoga dalam masa dekat ini ada insan yang diberi petunjuk Allah hingga boleh membuka misteri siapa Loqman sebenar.
Hingga dengan begitu kisah Loqman itu benar-benar kisah sejarah dan bukan mitos sahaja
June 14, 2013 at 3:34 pm
mohon share utk tatapan sahabat2x lain
July 5, 2013 at 9:45 am
untuk tatapan kita smua, ini Synopsis buku
“LUQMANUL HAKIM adalah SOCRATES BERKULIT HITAM”
karya Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
1. Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam & bekas hamba sahaya;
2. Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman;
Kandungan Isi:
3. Pendahuluan
4. Terjemahan Surah Luqman
5. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
6. Garis Masa Yunani kuno
7. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika-Yunani
8. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
9. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
10. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
11. Socrates Berpesan supaya Lamprodes (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
12. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
13. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
14. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
15. Usah Sombong
16. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
18. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
19. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
20. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
21. Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
22. Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah
(kridit drpd portal PTS)
July 31, 2013 at 8:29 am
Secara umumnya, buku LUQMANUL HAKIM BERKULIT HITAM ini ditulis oleh Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander berasal daripada Indonesia. Setakat ini beliau telah menulis sebanyak 4 buah buku yang tebalnya sekitar 700 muka surat semua sekali.
Secara zahirnya, buku ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama bertajuk ‘Mengenali Socrates’ yang mengandungi 5 bab. Bahagian kedua bertajuk ‘Hikmah Socrates’ yang mengandungi 10 bab. Dan bahagian ketiga bertajuk ‘Kematian Socrates’ yang mengandungi 3 bab dengan 1 bab Kesimpulan.
Secara ringkasan isinya, buku ini mencari siapakah di sebalik Luqman al-Hakim yang Allah SWT bicarakan dalam al-Qur’an. Penulis yakni Wisnu Sasongko meletakkan calon Luqman iaitulah Socrates. Umum mengetahui bahawa Socrates adalah ahli falsafah Yunani silam yang hidup sekitar 400-300 SM. Banyak penulis Barat menyifatkan beliau sebagai seorang yang berkulit putih seperti bangsa-bangsa Yunani yang lain. Malah, beliau juga dikaitkan dengan tuduhan sebagai seorang lelaki yang melawan tabiinya dan beragama paganisme (politeisme) seperti anutan bagsa Yunani ketika itu. Namun, Wisnu Sasongko berusaha mengemukakan hujahnya bahawa Socrates bukanlah seperti yang disifatkan penulis Barat, malah beliaulah calon Luqman al-Hakim dalam al-Qur’an. Buktinya diutarakan dalam dua sudut. Pertama, sudut fizikal sebenar Socrates; dan kedua, kaedah Socrates berfalsafah.
1. Socrates adalah lelaki berkulit hitam, berbibir tebal, berhidung kemek, anak kepada seorang hamba dan seorang hamba abdi. Dalam bahasa mudah beliau berketurunan Negro.
Hal ini dilihat dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bahawa Luqman al-Hakim yang hidup di zaman Nabi Daud adalah seorang yang berkulit hitam. Memang terdapat khilaf antara ulama Hadith tentang kesahihan Hadith tersebut. Namun, WS menyatakan bahawa Hadith tersebut adalah sahih. Sebagai bukti, sila Google imej Socrates dan anda akan dapati wajahnya berbeza dengan Plato, Aristotle dll.
2. Socrates adalah seorang ahli falsafah yang suka menyampaikan kebenaran atau persoalan ketuhanan melalui kaedah soal-jawab atau kaedah dialektik.
Hal ini dilihat dengan keselarasan antara isi kandungan al-Qur’an dengan hikmah-hikmah yang disampaikan (didakwah) oleh Socrates kepada anak-anak muda Athens. Ucapan-ucapan ini dibukukan semula oleh beberapa orang muridnya antaranya Plato dan Xenophon. Kesemua nasihatnya dilihat selari dengan isi kandungan al-Qur’an.
Persoalannya, bagaimanakah Socrates dikatakan seorang penganut paganisme? Mengapakah beliau dituduh sebagai lelaki berperilaku luar tabii? Dari manakah Socrates mendapat ilmu ketuhanan sekiranya benar dia seorang monotheisme? Apakah sebab utama penulis Barat menyembunyikan identiti beliau seorang berkulit hitam? Malah di akhir hayatnya dia dihukum bunuh oleh pemerintah Athens, mengapakah ia berlaku? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, silalah beli dan baca sendiri buku ini. Wisnu Sasongko buat buku ini agar kalian beli dan membacanya, insha-Allah tak rugi.
Buku & versi ebook boleh dibeli di sini: http://pts.com.my/buku/luqmanul-hakim-adalah-socrates-berkulit-hitam/
February 23, 2014 at 8:30 am
Kelmarin saya ke MPH, dan terpandang buku tulisan Wisnu Sasongko, – LUQMAN HAKEEM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM”, dan tadi malam saya terus membaca buku ini sambil menyemak cross references beliau dari koleksi buku-buku dan tafsir Al Quran yang saya ada. Dari segi logic methodology kajian beliau, sepertinya Socrates adalah Luqman Al-Haqim. Socrates dari tulisan anak murid unggulnya iaitu Plato, adalah seorang lelaki hitam dari Namimbia di selatan Mesir. Socrates lahir pada tahun 469SM dan menetap di Athen, Greece. Dia asalnya adalah hamba abdi. Gelaran “socrate itu diandaikan dari istilah secrete, hasil buangan, najis, iaitu menunjukkan kehinaan tentang dirinya sebagai hamba abdi yang hitam legam, hodoh. Dalam bahasa Ibrani (Hebrew), Scocrate mungkin berasal dari sakarate hitam legam terbakar mentari. Tetap kias manusia hodoh. Namun, kerana kejujuran, kekentalannya, yakin diri, serta terus-terusan mendapat taufik dan hidayah dari Allah dia menjadi pemikir yang hebat dan dia akhirnya dimerdekakan oleh anak asuhannnya bernama Alcibiades yang kemudian menjadi salah seorang panglima perang Yunani. Hubungan Socrates dan Alcibiades sangat akrab dan anih di mata umum Yunani. Dulu Socrtaes adalah paidagogos hamba kepada Alcibiades. Namun kerana kebijaksanaan dan kejujuran Socrates, Alcibiades pula sanggup jadi murid Socrates. Hubungan songsang. Mereka sering berdua-duaan sehingga ada fitnah mengatakan mereka adalah pasangan homo. Sebelumnya, Socrate di bawah tuan empunya dirinya, banyak melakukan kebaikan bagi Yunani. Benar-benar hubungan songsang. Dia terlibat dalam peperangan dan sangat berani mempertahankan Yunani. Sifat-sifat luhur, berani, cekal serta bijaksananya dia akhirnya dia dilantik menganggotai Dewan Kehakiman yang tujuannya adalah untuk mengadili para jeneral perang yang belot dan atau gagal. Kerana itulah dia diberi gelaran Al Haqim (seorang hakim), Socrates Al Haqim, Hakim Hodoh.
Jadi selama ini scolar barat telah sembunyikan kenyataan yang socrates itu orang kulit gelap/hitam. buku ini berjaya membongkar smua itu, socrates bukan orang kulit putih, tetapi orang kulit hitam yang menjadi hamba abdi di athens, greek.
April 28, 2014 at 5:37 pm
yes you did it dah boleh buat rujukannn :)
May 2, 2014 at 3:58 am
mohon di halalkan copy paste sebagai pengajaran dan disampaikan kepada semua umat islam. ilmu yang sangat berguna untuk kita semua.