Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri
August 16, 2008 at 4:05 am
taubat,sedar,ikhlas,suci dan tenang
December 15, 2008 at 2:13 am
bolehkah kita melihat tanda itu pada orang yg akan pergi?
January 10, 2009 at 3:04 pm
harap2, sebelum datang nya maut.. sempat lah kita bertaubat..
February 8, 2009 at 2:23 am
yana Says:
December 15, 2008 at 2:13 am
bolehkah kita melihat tanda itu pada orang yg akan pergi?
Ya, boleh yana, tetapi ia bergantung kepada ilmu agama, amalan dan ketakwaan kita kepadaNya, jika kita dalam golongan yang lalai dan leka, kita tak akan nampak walaupun tanda2 itu memang dah ada..samada pada orang yang akan pergi atau diri sendiri – Insyaallah.
February 10, 2009 at 1:53 pm
Boleh saya ambil info ini untuk disebarkan kepada rakan2 and ahli2 keluarga di facebook? Terima kasih. Saya memohon halalkan ilmu yang diperolehi dari blog ini. Sungguh bagus sekali! Terima kasih… hanya Allah saja yang membalasnya. :)
March 1, 2009 at 6:21 am
saya telah kehilangan ayah saya yang tercinta. menerima kehilangan orang yang kita sayang bukanlah mudah bagi saya. iman yang tipis mengeruhkan lagi keadaan saya. saya bukanlah anak yang baik dan persekitaran saya juga tidak pernah membantu saya untuk belajar mendekati tuhan. saya pernah mendengar kematian yang ditakdirkan tuhan ke atas orang yang rapat dengan kita meningatkan kita yang telah lupa akan hari kematian.namun terlalu sedikit yang pernah saya lakukan untuk bersedia apatah lagi untuk sentiasa meningati bahawa saya akan mati. kematian ayah saya membuka satu ruang yang terlalu kecil dalam hati saya mungkin kerana sayang saya terhadap ayah. saya selalu tertanya, bagaimanakah keadaan ayah di sana?di mana tempatnya?selesa kah dia?apa yang di hadapi oleh nya di sana?..seorang guru saya pernah memberitahu saya doa anak yang soleh di terima tuhan tapi saya merasa terlalu sukar untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup. saya tidak mahu ayah menanggung dosa dan menerima balasan atas perbuatan anaknya.cuma itu yang saya mahu..saya perlu arah untuk yang lebih baik.tolonglah saya..
March 14, 2009 at 3:24 pm
nina.. sye harap awk sabar & tenang menerima ujian Illahi..Tentu ada hikmah nyer…
April 9, 2009 at 6:39 pm
Syukur… untuk anda nina, tak ramai orang diberi hidayah spt anda. Teruskan hidayah ini dan jangan dipersiakan. Saya dan tentunya kami semua mendoakan kejayaan anda dunia dan akhirat. amin..
May 15, 2009 at 9:01 pm
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. “ayat tu mcm besh la..serius sy xmain2..terasa xsbar nk kembali kpd ALLAH akan tetapi takut hendak kembali..
November 11, 2009 at 5:42 pm
saya baru kehilangan seorang makcik,selama dia hidup saya selalu menyakiti hatinya ini kerana dia suka membebel.saya selalu marahkan dia,bila dia telah tiada,hati saya diruntun rasa bersalah yang amat sangat..saya terlalu berdosa padanya.saya masih tak boleh terima pemergiannya..dia pergi dengan mudah sewaktu tidur…hati ini sentiasa menangis kesal diatas apa yang telah aku lakukan terhadapnya dahulu..semoga roh makcikku dicucuri rahmat hendaknya.amin.
December 30, 2009 at 6:51 pm
saya mohon izin ikhlaskan saya ambil cerita ini tuk tmn 2 ku biar smua nya segera sadar apa yg mereka lakuin di dunia ini salah
syukran kathiran
July 12, 2010 at 3:57 pm
allah hukabar… moga kita terpilih dapat mengetahui saat saat kemayian kita.. amin.
August 21, 2010 at 12:25 am
bos, bisa dikasih rincian dalilnya beserta nanadnya, dan saya minta ijin untuk link,
assalamu’alaikum…
September 24, 2010 at 12:58 pm
cerita mati punya petanda sejak dari 100 hari ni..ada rujukan ke..dan jika tiada…siapa kah yg punya pendapat ni..sebab tak jumpa pula dalam hadis
November 22, 2010 at 5:11 pm
saya baru kehilangan seorang ayah yang disayangi.Dalam masa keuzurannya dan kesibukan bekerja,hanya kadang2 sahaja dapat menziarahinya.Dalam saa2 akhirnya kebetulan saya menziarahinya, sempat saya membisikkan kepadanya kalimah allah dimana saya tak menyangka ianya merupakan pertemuan akhir untuk saya bersamanya.Kadang2 timbulpenyesalan kepada saya dimana semasa beliau uzur,pernah beliau memaklumkan pada ibu saya bahawa beliau merasakan tidak lama lagi,akan pergi meninggalkan kami.Saya juga begitu terkilan kerana merasakan sebagai anak yg sulung belum sempat sepenuhnya berbakti kepada beliau semasa beliau dalam keuzuran.Arwah merupakan seorang yg pendiam semasa hidupnya.Al-Fatihah buat arwah ayah…
December 15, 2010 at 10:00 am
suda 9 bulan arwah ibu meninggalkan saya..namun hingga kini sya msih merinduinya..sya sntiasa mdoakan utk arwah ibu..apa yg mbuatkan sya terkilan apabila tidak dpt bersamanya di saat akhir. sya hnya memohon ampun darinya melalui telefon..smoga Allah mngampunkan sgala dosa ibu, mringankan azab kubur, mluaskan kubur ibu..Ya Allah, ampunilah dosa arwah ibuku..tmpatkan la dia di dalam bersma org2 yang beriman.
January 3, 2011 at 4:57 pm
kehidupan dunia hanya smentara namun kesoronokannya menyebabkan manusia alpa & lupa akan kematian yg harus dhadapi pada bila2 masa,aku tergolong dalam kalangan manusia trsebut..sesungguhnya,hatiku masih pada Allah,wlaupun sikap & amalanku jauh berbeza dengan perintahnya..ingin skali aku di beri kesempatan untuk ke jalan yang benar sebelum malaikat maut menjemputku..amin..
January 11, 2011 at 8:54 pm
bnyak beri pengajaran…subahanallah…..
March 5, 2011 at 10:30 pm
subahanallah
April 27, 2011 at 6:21 pm
Hidup du dunia ini hanyalah sementara,diibaratkan kita dlm satu pelayaran..Namun yg ABADI adalah Dunia Akhirat…Berjuta kali lebih indah darpada nikmat dunia,bagi insan yg tidak ALPHA..
Moga saya n smua sahabat dikurniakan kesedaran tanda2 unk kembali ke SANA…
June 22, 2011 at 8:34 am
Apabila kita diberi petunjuk oleh allah akan dekatnyahari kita kembali kepada maha pencipta Kita menjadi bingung ,benarkah hari aku sudah dekat. dengan siapa aku harus berkongsi rahsia ini …..Hanya kepada mu aku bersujud….YA RABB
July 5, 2011 at 11:24 pm
sye mohon izinkn sye share…….
July 16, 2011 at 9:08 am
Ssungguhnyer AJAL itu paling hmpir dgn kite..bringatlah kite agar kmatian itu dpt mnyedarkn kite dr trus mngejar dniawi yg hnye smntara.Motivasi diri stiap hari…Peace!
August 7, 2011 at 11:27 am
kematian semakin hampir utk kita hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja..
August 8, 2011 at 3:05 pm
Mohon Share ilmu ini ye, Semoga Allah merahmatimu, Ameen.
August 15, 2011 at 9:20 pm
salam kepada semua,
sy pnh dgr kematian dan jodoh adalah qada’ mubrom (jk silap tlg betulkan) baru@ ini pd awal ramadhan ini sy mnonton drama 100 hr mjelang ajal, perihal yg di atas inilah yg dipaparkan… semoga kt sma umat islam dpt mgambil ikhtibar…
August 16, 2011 at 10:59 am
sesungguhnya Allah maha kuasa
August 20, 2011 at 10:49 pm
salam…
`kunlun nafsin za ikatul maut`..sesungguhnya setiap yg bernyawa itu pasti akan merasai mati..bersediakah kita apabila sampai masanya?cukupkah bekalan yg akan kita bawa?dimanakah kita akan diletakkan,syurga atau neraka?….
`bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya…dan beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati keesokkan hari..`
`sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah,dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah.`
salam…
August 23, 2011 at 10:06 pm
teringat cter kat rtm awal Ramadhan hari tu….Memang menginsafkan…
September 12, 2011 at 3:12 pm
Ya Allah..ampuni aku..Permudahkan urusan untuk menemui mu Allah hu Akbar
September 13, 2011 at 10:17 pm
semuga kita menjadi hamba yg di redhai Allah
September 24, 2011 at 4:36 pm
salam.. Mohon share yerr.. ^_^
December 13, 2011 at 4:21 pm
Ya Allah…berilah petunjuk dan hidayahmu… kepada hamba ,suami ,anak-anak,keluarga dan seluruh umat islam …Semoga kita kembali dalam keredhaan Allah swt…..amin..
mohon share…terima kasih atas ilmu yang diberi
December 19, 2011 at 8:51 pm
Salam, mohon share
December 20, 2011 at 10:39 am
salam mohon share…..
March 16, 2012 at 3:29 pm
salam mohon share
April 29, 2012 at 12:59 am
amin
May 14, 2012 at 6:30 am
ya ALLAH Jangan panggil nama hambamu initerlebih dahulu,karena kewajiban hamba masih belum dijalani.di antaranya;1,kwjbn sbg hamba,2 sbg anak 3,sbg istri or suami 4sbg ibu or ayah,5 sbg nnk or kkk, and sbgmasyarakat or insan di dunia, ya ALLAH tuntun and bimbinglak kami sll di jln yg engkau ridoi,ya ALLAH berilah rahmat and hidayahmu pd kami,jgnlh gelincirkan kami di jln yg slh or yg tak di ridoimu , AMEEN2 ya rabbal alameen,
June 6, 2012 at 11:34 pm
Semoga Allah mencabut nyawa kita dalam keadaan kita beriman kepadaNYA
June 20, 2012 at 5:33 pm
Ya Allah betapa kerdilnye diri ini di sisiMu Ya Allah…………..
August 18, 2012 at 1:47 pm
Salam,saya ada pertanyaan. Saya pernh terbca yg ajal seseorang x akn lmbt atau cepat wlu sesaat pn. Dan berdasarkn artikel d atas, tarkh kematian bley berubah dgn doa. Mcm mana tu? Klu seseorg da dpt rasa tnda2 tu,bley x doa agar dpnjgkn umur?
August 21, 2012 at 7:42 am
Betapa rasa takutku tak bisa terbayangkan.karena hamba ALLAH yg banyak bersalah or dosa..slm ini yg kujlni hny dosan dosa..ya ALLAH berilah 1 ksmptn lg tuk menjalankan kewajiban hambamu ini.1 kwajiban sbg hamba.slm ini. Solatnya tidak bgt active..ishaallah akan aku laksanakan (jalani apa yg engkau perintahkan.AMEEN.2sbg anak slm ini aku banyak an tak nurut apa yg ke2 orangtuaku menasehatinya kini aku br sadar bahwa ksh syg orang tua melebihi se gala2nya.ku akan berbakti seperti orang tuaku memberi ksh n syg INSHAALLAH.3sgb istri or suami selama ini tidak bejus menjalanikewajibanya hny mambuat kcewankecewa.inshaallah dgn rido n bimbingan ILLAH AMEEN.4 sgbayah or ibu. Slm ini kurang dekat dgn mereka yeah krn kesibukan2.akan mengurangi.kesibukan tuk memberi ksh syg mereka mmendidik dgn k solehan k jjran k disiplinan.sgl2nya jln yg di ridoinya(ALLAH).sbg masyarakat krg mendekatkan dr..krn kesibukan jg. Ya Allah ampunilah slh n ds hambamu ini.smg engkau memberi ksmptn lg .tuk memjalankan kwjbn.ya dgn bimbingan drmu ya ALLAH ameen
November 11, 2012 at 12:35 pm
ya Allah………tolonglah diriku yang hina dan fana ini berilah diriku petujuk agar aku memperbanyakan, amalanku daripada keserunukan duniaku……
January 23, 2013 at 12:12 pm
betulke abang kepada imam ghazali imam ahmad bin h
ambal?
January 24, 2013 at 2:54 am
ya semoga kita semua sadar akan ke matian yg datangnya se waktu2 .sebelum kita ter panggil per banyaklah ber buat baik ngamal soleh. Tuk sangu menghadap ke pengadilannya. Marilah kita menjalankan apa yg allah perintahkan hindarilah sgl apa yg di larangnya .ameen
January 24, 2013 at 9:52 pm
ya semoga kita semua sadar akan ke matian yg datangnya se waktu2 .sebelum kita ter panggil per banyaklah ber buat baik ngamal soleh. Tuk sangu menghadap ke pengadilannya. Marilah kita menjalankan apa yg allah perintahkan hindarilah sgl apa yg di larangnya .ameen karena kita di lahirkan di dunia ini sebagai umat ISLAM.harus menjalankan solat terutama.karena. kata2 ISLAM. Ok. I sa ,SUbuh or fajar.ASar ,LUhur Maghrib
October 18, 2013 at 11:34 pm
ayah sy baru meninggal, kami sekeluarga ada rasa yg arwah jatuh hidungnya,tetapi tak berani utk bersuara, arwah meninggal mmg ada tanda seperti dlm info, cuma menidakkan kerana arwah masih muda, Allah lebih menyanyanginya
November 6, 2013 at 9:27 am
Assalamualaikum,
Saya telah kehilangan kakak sulung pada 02 September 2013 dan kesedihan belum reda lagi, abang saya pulak meninggal pada bulan yang sama 30 september 2013. Seolah-oleh kesedihan ini berulang dan mengingatkan semula saya kepada adik yang meninggal pada tahun 2004 diikuti pulak ayah saya yang seolah-olah mengikuti pemergian adik saya tepat 100 hari kenduri arwah adik saya. Keadaan ini berat untuk saya pikul apabila ibu saya yang begitu besar kehilangan 3 orang anak dan seorang suami. Saya menangis tidak berhenti, sehingga bengkak kedua-dua mata, hati saya sukar untuk menerima. Secara perlahan-lahan saya mula memujuk hati apa yang berlaku adalah suratan takdir dan dugaan Allah yang sangat menyayangi orang yang sabar. setiap kali memikirkan tentang hal tersebut air mata saya mula jatuh perlahan-lahan.
February 3, 2014 at 4:11 am
syurga itu tempatnya orang sabar,
sabar dalam mematuhi dan sabar menerima keputusan tuhan
February 3, 2014 at 4:10 am
meskipun kematian hanyalah milik allah, akan tetapi ada beberapa tanda kematian yang bisa kita pelajari.
dan semoga kita tergolong orang yang mati dalam keadaan allah meridhai
July 14, 2014 at 8:34 am
assalamualaikum,,bagaimana sekiranya getaran dan rasa mengiggil itu kita rasa sebelum asar?
September 5, 2014 at 7:36 am
JAWAPAN
kamin
Panel Feqh
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr ‘Abdullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah swt kepada hambanya, dan alamat atau tanda kematian seperti yang tertera dan tersebar dilaman-laman web memang tidak terdapat hadith-hadith yang sahih yang menyokong pendapatnya. Pattern atau corak penomboran seperti 100, 40,7,3 dan 1 ini merupakan perkara yang sinonim didalam upacara-upacara kematian, seperti kenduri arwah didalam alam Nusantara ini. Kemua ini tidak ada nas akan kebenarannya. Ternyata sekali bahawa saat kematian itu adalah rahsia Allah swt kepada hambanya.
Jadi dimanakah yang benar?? sedangkan nabi muhammad SAW dan nabi yang lain tidak dapat tahu bila mereka akan wafat.. jadi apakah yang membuatkan tuan block ni tahu tentang kematian?? nak ke admin ni kene mintak maaf dkt padang mashar nanti sebab sebar bende yang bercanggah dengan islam? allahurabbi.. tiada 1 pun manusia yang tahu akan kematian mereka.. sedangkan apa yang terjadi petang nanti pun admin tak tahu.. jangan berlagak seperti tuhan.. cukup2 lah mengelirukan islam ni.. islam dan ulama dkt islam web ni pun langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu pasal bende ni. kenapa kita nak sebar tetang ni?? ulamak mana yang cakap?? atau sekadar copy paste tanpa sebarang ilmu?? :) .. maaf terkasar bahasa.. sebab bende ni. hanya malaysia dan indo sahaja yang tahu.. kenapa masih berpegang kepada budaya melayu 7 keturunan dahulu kerana mungkin dahulu melayu bukan islam.. ada yang bukan islam tapi melayu..dan percaya syirik.. tolong.. hentikan bende ni okey.. :) .. assalammualaikumm ..