Pada 4hb June 2008, Jam 6:00 petang sudah diketahui bahawa kenaikan minyak daripada 1.92 kepada 2.70 sebanyak 82sen. Jumlah yang amat besar dan meninggalkan banyak kesan kepada kenaikan harga pengangkutan awam dan barangan asasi.

Berikut tersebut banyak malam tadi pengguna mengambil kesempatan membeli minyak bagi mengurangkan kos kenaikan harga yang melampau.

Kenaikan ini begitu membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekiranya betullah kerajaan sekarang mengambil berat tentang hal rakyat, sudah pasti mengambil jalan lain bagi mengekalkan harga tersebut.

Tentang kenaikan ini juga, stesen minyak lain mengambil kesempatan menutup lebih awal dari masa biasa untuk mengaut keuntungan yang lebih. Ini adalah tindakan yg tidak bertanggungjawab. Ini telah berlaku ditempat saya disini. Hanya petronas sahaja yg dibuka 24jam dan menjadi tumpuan sejak pengumuman tersebut.

Kenaikan ini juga akan menyebabkan :

  • Kenaikan Harga Barang Asasi
  • Kos sara hidup yang terlalu tinggi
  • Walaupun cukai diturunkan, ini hanya melibatkan kenderaan yang ber CC besar sahaja, malahan majoriti rakyat Malaysia menggunakan kenderaan ber CC rendah.
  • Yang Miskin bertambah Miskin dan sebaliknya
  • Menyebabkan bertambahnya inflasi
  • Tambang kenderaan kemudahan awam akan meningkat

dan banyak lagi kesan yang pasti akan timbul selain dari diatas…

HARGA PASARAN DUNIA

Sekiranya pasaran dunia meningkat, ini akan menguntungkan Petronas kerana menjual minyak. Dan Petronas ialah sebuah syarikat milik kerajaan sepenuhnya. Walhal, mengapa kerajaan war-warkan isu kenaikan minyak dunia sedangkan kita sendiri pengeluar minyak? Mengapa mengambil contoh Thailand kenapa tidak Brunei?

Sekiranya kerajaan BN kalau betul2 mahu menolong rakyat, mansuhkan semua projek mega dan gunakan kos-kos tersebut untuk menampung kenaikan harga minyak. Sedangkan projek-projek mega tersebut hanyalah untuk membanggakan diri sendiri sahaja bukannya untuk kepentingan rakyat.

Sudah kita ketahui bahawa beras dan tepung baru sahaja naik harga, sudah pasti apabila minyak naik kemungkinan besar peniaga atau pemborong akan menaikkan lagi barangannya bagi mengelakkan kerugian pada perniaagaan mereka.

PESANAN BUAT BN

Bagi orang-orang UMNO atau BN, janganlah anda salahkan pemimpin anda, salahkan diri sendiri kerana itu adalah pilihan anda. Tunggulah kita di padang masyhar esok, Allah taala akan tanya anda sendiri mengapa itu pilihan anda sedangkan pilihan sudah ada dimata anda semua. ANDA TIDAK ADA HAK untuk merungut kerana kerana kenaikan ini, yang berhak ialah orang yang menyokong parti pembangkang kerana mahu perubahan daripada hidup tersepit seperti ini.