Syarat untuk masuk ke syurga ialah menjauhkan dari dari perkara yang lagha(melalaikan) seperti majlis yang ada muzik di dalamnya:-

Mukminun [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Syaitan ambil peluang atas nafsu buruk yang tercetus. Syaitan juga berada di dalam majlis yang di dalamnya ada aurat yang di buka dan muzik di mainkan. Syaitan berasal dari syurga, dengar muzik di syurga lalu mengajar cucu Habil muzik. Allah kata kepada syaitan supaya guna suaranya untuk goda manusia:-

Isra [64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;

Imam Syafie mengharamkan 6 jenis alat muzik. Ke empat-empat mazhab sepakat muzik haram hukumnya. Cuma ilmuan dan cendekiawan islam sekarang yang mengharuskannya.

Muzik harus apabila ada kepentingan negara, berdakwah di negara bukan Islam sahaja.

Muzik tempatnya di syurga..untuk dengar muzik di sana, seeloknya tidak dengar di sini. Istigfarlah selepas mendengar muzik. Mana tahu ada dosa disebaliknya. Hiburan dan hari raya yang paling besar ialah syurga.

Sesetengah tariqat menggunakan muzik sambil berzikir, namun muziknya adalah minima iaitu sekadar satu paluan sahaja.

Ada yang berhujah nabi membenarkan paluan gendang semasa peristiwa hijrah. Namun sebenarnya nabi cuma menyuruh membuat paluan dan bunyi bising untuk menghebahkan peristiwa itu dan bukannya muzik yang berirama seperti sekarang. Lagipun belum mantap hukum pada waktu itu.

Ada juga kitab-kitab yang mengharamkan muzik walaupun di sertai zikir.

Luqman [6] Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW… Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.