Rasulullah s.a.w. bersabda:

Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.“(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)

Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang tidak betul. Sembahyang yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah.

Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Maka perbaikilah sembahyang kita melalui pembelajaran secara majlis ilmu dan boleh juga meminta guru-guru “check” sembahyang kita.

Manakala sembahyang yang betul ialah sepertimana dalam Firman Allah:

Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar

Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain).

Satu cerita tentang sembahyang

Semasa zaman pemerintahan Sayyidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain. Setelah didesak, perempuan itu akhirnya bersetuju dan mengenakan syarat “Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu berjemaah di belakang Amirul Mukminin Sayyidina Umar“.

Maka setujulah lelaki tersebut dan dia melakukan sembahyang seperti yang disyaratkan.

Setelah cukup 40 hari, perempuan itu menemui lelaki tersebut dan ” Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari sembahyang, kalau begitu marilah kita….

Lelaki tadi marah dan berkata “nak ke mana, kamu ini sudah gila agaknya“. (lelaki itu sudah benci kepada perkara mungkar)

Perempuan tadi menemui Sayyidina Umar dan menceritakan perkara tersebut, maka kata Sayyidina Umar seperti dalam ayat di atas:

Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.