Riwayat dari Sayyidina Ali r.a., Nabi s.a.w bersabda, ” Allah Ta’ala telah berfirman

Apabila aku hendak membinasakan dunia, aku mulai dengan rumahku (Baitullah), maka aku binasakan ia dan kemudian aku binasakan dunia atas bekasnya.” (Ihya)

Baitullah atau Kaabah adalah hati dunia. Ia adalah tempat yang mula-mula timbul setelah dijadikan Bumi. Sepertimana hati atau jantung manusia, apabila ia sakit dan tidak berfungsi maka matilah manusia. Begitu juga dunia, apabila jantungnya iaitu Baitullah binasa, binasalah dunia.

Pada masa itu orang Islam sudah tiada. Maka tiada lagi orang dapat mengambil faedah darinya (Baitullah). Lalu dibinasakan Kaabah kerana khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

Oleh itu rebutlah peluang semasa Baitullah masih ada di dunia ini. Dalam hadis dikatakan dunia ini umpama ladang bagi bercucuk tanam dan hasilnya dituai di akhirat nanti. Rebutlah peluang sebelum dunia dibinasakan seperti yang telah tertulis:-

Al-Mutaffifin [26] Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

Al-Israa [58] Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz).