Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.
Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)
August 21, 2009 at 9:36 pm
wau..thanx for the info…
August 24, 2009 at 12:06 pm
insaflah..wahai manusia.betapa kerdilnya kita di bumi ini..
November 30, 2009 at 10:43 pm
ish2..takutnye..ya allah lindungilah hambamu ini ya allah
April 6, 2010 at 5:09 pm
betul ke yg tembok tu,tembok besar cina?”????
April 6, 2010 at 5:18 pm
maknenye yakjuj makjuj tu manusia la ea…
September 24, 2010 at 5:15 pm
baru je habis bace buku karangan muhammad alexander, YAKJUJ DAN MAKJUJ: BENCANA DI SEBALIK GUNUNG.byk juga infonye.try ah bace tp sure byk skip chapter sbb byk yg x phm hehehe.
December 5, 2010 at 4:19 pm
sangat menginsafkan bahwa kiamat hampir datang dan mesti beriman kepada allah
December 7, 2010 at 12:46 am
semua yang dinyatakan oleh Allah dalam Quran adalah benar belaka.
May 16, 2011 at 4:05 pm
fikir-fikirkan lahhh..adakah kita tergolong dikalangan orang yang beriman….
May 31, 2011 at 9:41 am
Subhanallah..
September 13, 2012 at 4:19 pm
ish…baca nie terus insaflah wahai umat islam termasuklah diriku ini
September 18, 2012 at 3:39 pm
rasa takut nak hadapi masa depan….. takut sejarah berulang lagi
April 1, 2013 at 6:27 pm
SANG DAJJAL AL- MASIKH & TENTERANYA SANG YAKJOD MAKJOD…
Perkataan Dajjal ngak ada dlm Al-Quran tetapi ciri2 dan watak2 kesah Si-Dajjal itu amat banyak bertaburan dijelaskan. Kisah Makhluk Perosak bernama Yakjod Makjod ada tersurat dlm Surah Al-Kahfi dan satu lagi dlm satu Surah yg laen. Dimana adanya itu Sang Yakjod Makjod maka disitu ujud Ketuanya Sang Dajjal Al-Masikh. Begitulah sebaliknya dimana beradanya itu Sang Dajjal Al-Masikh makanya disitu juga ujud bala tenteranya Sang Yakjod Makjod…
Dimanakah bermulanya itu Sang Dajjal Al-Masikh dan Yakjod Makjod..?? Dimana saja ada peradaban dan tamaddun Manusia, maka disitu ujudlah mereka itu. Bageimanakah rupa wajah2nya mereka itu..?? Hinggakan Dajjal itu dibayangkan bermata satu. Satu mata kebeneran telah dibutakan, yg tinggal hanya satu mata kepalsuan dicelekkan, pandangannya sesat lagi menyesatkan orang laen. Maka ciri2 Dajjal itu ada pada setiap Manusia, samada kita berupaya ato ngak bisa melawan tipu-dayanya…
Maka ciri2 dan watak2 Dajjal dan Yakjod Makjod itu bukan ujud semata2 pada “Alam Kedirian” ato satu lagi ia ujud di “Alam Kesemestaan”. Malah perangei Dajjal dan Yakjod Makjod itu juga ujud dlm satu2 Pemerintahan Negara. Jika Pemerintah itu hanya celek sebelah matanya kepada kemajuan duniawi semata2, tetapi sebelah matanya buta hingga Hukum2 Allah ditentangnya, itu petanda pemerintahan yg bakal digulingkan oleh kuasa rakyat. Sikapnya ngak ubah seperti Firaun, rakus menyalahguna kuasa, rasuah berleluasa, menindas, mengfitnah pihak lawannya dsbnya… Allah Maha Adil lagi Maha Menghukum. Lambat laun bentang kukoh yg mereka dibina pasti akan roboh runtoh tersembam menyembah bumi…
Berbalik kesah Dajjal dan Yakjod Makjod diAlam Semesta. Adakah Sang Dajjal dan Yakjod Makjod berupa satu raksaksa besar menyeramkan yg akan menjahanamkan Manusia..?? Ada Hadis menyatakan kota yg ngak bisa dimasuki oleh Dajjal dan Yakjod Makjod ialah Kota Suci Mekah dan Madinah. Maka terpulanglah pada kepercayaan masing2 pada apa yg telah dikhabarkan itu. Sebenernya Kota Suci Mekah, Madinah dan Kota Muqaddis telah sekian lama terjajah. Tetapi telah dijajah oleh siapa…??? Jawabannya ngak ketahuan.. Kapan bangkitnya itu Imam Mahdi AS, dikala itu Dunia Islam akan tahu siapakah dia sebenernya mereka itu yg bernama Sang Dajjal Al-Masikh dan bala tenteranya sebagei Makhluk Perosak yg bernama Sang Yakjod Makjod itu…
Allahu’alam….
June 27, 2014 at 10:00 pm
salam minta izin nk copy tq, semoga kte sentiasa dalam rahmat allah
November 16, 2018 at 12:47 pm
I see you don’t monetize your blog, but you can earn additional
cash every day. It is very easy even for noobs, if you are interested simply
search in gooogle: pandatsor’s tools