Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia yang dihimpunkan ke padang Mahsyar pada hari qiamat adalah tiga golongan; yang pertama Golongan yang berjalan kaki, yang kedua: Golongan yang berkenderaan, dan yang ketiga: Golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka!”

Huraian ringkas

Pertama Golongan yang berjalan kaki,

Ada yang berjalan senget (mereka yang tidak adil dalam poligami)

Kedua: Golongan yang berkenderaan,

Mereka menaiki unta, ada yang naik seorang diri dan ada yang berkongsi (seperti mana manusia naik kereta di dunia ini). Ulama tidak dapat mengesan dari mana datangnya unta ini dengan pasti. Ada yang mengatakannya dari syurga, tetapi Padang Mahsyar ini masih lagi di dunia ini, cuma telah diratakan gunung-ganang, bumi menjadi seperti roti.

Ketiga: Golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya

Allah yang berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki, dia juga berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan muka. Seperti orang kudung tangan yang boleh menggunakan kaki untuk melakukan aktiviti seharian.

Firman-firman Allah tentang perjalanan ini:

Ta-Ha [102] (Iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya

Maryam [86] Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahanam, dalam keadaan dahaga.

Isra [97]…..Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam;