Kata Ibnu Hajar dalam Tanbihul Akhbar:

Sunat pada hari raya memakai yang hijau dari yang putih…

Hari raya yang paling hebat adalah bila masuk syurga. Ahli syurga memakai pakaian hijau.

Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam……..( Al-Kahf, Chapter #18, Verse #31)

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.( Al-Rahman, Chapter #55, Verse #76)