Rasulullah s.a.w bersabda “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama

Kelebihan Ulama Feqah

Sebagai contoh para imam mujtahid (Imam 4 mazhab), mereka boleh mengeluarkan beberapa hukum dari satu ayat quran. Imam Muhammad (guru Imam Syafie), boleh mengeluarkan 1,000 larangan dam 1,000 suruhan dari Surah Baqarah (286 ayat). Ulama feqah ini sangat faham tentang ayat-ayat Allah, seperti kata pepatah “hanya Jauhari mengenal Manikam”.
Ulama yang faham agama bukan sahaja boleh menyelamatkan diri sendiri, juga boleh menyelamatkan orang lain.

Kelebihan ulama Hadith

Hidupnya segar (sihat):

“Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yang mendengarnya” (Riwayat al-Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi 7/453)

Ulama dalam syurga
Dalam syurga juga ada ulama. Tujuannya supaya manusia dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta dari Allah (setiap hari Jumaat diadakan satu majlis bersama Allah). Allah kekalkan status ulama disana. Ketua ulama disana ialah Muaz Bin Jabal.

Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kalian kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama seraya berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaiman mereka memerlukan sewaktu di dunia. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)