An Nisaa [57] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Ada dua jenis amalan soleh:

  1. Ibadat seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain
  2. Amalan yang diharuskan seperti bekerja, bercucuk tanam dan berniaga (bisnes)

Syurga (Jannah)

Perkataan “Jannah” terhasil dari huruf Jim dan Nun, apabila keduanya bertemu ia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi. Syurga ialah sesuatu yang tidak nampak dipandang dengan mata:

Isteri-isteri yang suci bersih

Setiap ahli syurga (orang biasa) mendapat 12 isteri (2 dari kalangan perempuan dari dunia, 10 dari kalangan bidadari). Manakala para syuhada (org mati syahid) mendapat 72 isteri.

Bidadari dijadikan dari za’faran, (sejenis herba yang berbau wangi, yang biasanya dimasukkan dalam nasi beriyani atau dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat quran). Mereka sudah siap sedia menunggu kedatangan suami mereka (tertulis nama suami di kalung yang mereka pakai).

Tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Syurga itu tidak panas dan tidak sejuk:

  • Al-Insan [13] Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

Di syurga terdapat pohon kayu dan suasananya hijau. Pokok kayu itu ada yang tinggi dan ada yang rendah. Pohonnya boleh melentur bagi memudahkan ahlinya makan:

  • Al-Insan [14] Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.