Dalam sidang media malam kemarin kita pun mengetahui bahawa Paklah mengatakan bahawa terdapat sabotaj dalam parti BN oleh orang-orang BN sendiri dan menyebabkan kekalahan teruk. Ini juga menyebabkan beberapa pihak membuat kenyataan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai PM seperti Tun Mahathir dan Tengku Li.

Beliau juga meminta BPR menjalankan siasatan keatas Tun kerana rasuah dan pelbagai kes. Justeru itu juga beliau akan mengambil tindakan tegas keatas ahli BN yang mensabotaj semasa PRU yang lalu yang menyebabkan 5 negeri jatuh ketangan pembangkang.

Pandangan :

Kenapa beliau perlu menjalankan siasatan sekarang keatas Tun, kenapa tidak dari mula lagi? Kenapa tidak jalankan siasatan menyeluruh termasuk ahli-ahli BN sendiri? Biar semua kena dan adil. Ahli BN yang pengkhianat pula kenapa nak ambil tindakan sekarang? Bukan ker pengkhianat itu terdiri daripada pemimpin UMNO sendiri? Mengkhianati bangsa dan agama? Jual maruah bangsa, menggunakan kekerasan dan kezaliman. Tidak menjalankan hukum Allah dimuka bumi ini. Apa yang sepatutnya beliau pandang ialah kesilapan diri sendiri. Bukannya menuding kepada kesalahan orang lain. Perbetulkan Parti anda, buang yang rasuah dan yang makan duit rakyat. Ambil yang amanah dan jujur sebagai pemimpin. Menegakkan hukum Al Quran itu yang penting. Sampai bila nak sedar lagi nie………. menteri keris pun sama senyum lebar. Mentang-mentanglah kedudukannya tak tergugat.