“Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.”


Petikan suratkhabar telah kita ketahui bahawa pihak istana telah pun approved Dato Ahmad Said sebagai MB Terengganu tetapi dibantah keras oleh UMNO adun bahagian kerana tidak melantik Ideris Jusoh sebagai MB. Kononnya hendak mengambil tindakan keatas Dato Ahmad Said dan ingin memboikot keatas perlantikan tersebut.

Sedar tidak sedar UMNO sendiri telah menhina kuasa istana dalam perlantikan MB. Tindakan ini melampau sangat dan tidak menghormati Sultan sebagai raja. Raja adalah kuasa mutlak. Apa gunanya perlembagaan dan undang2 dinegara ini. Semua mesti mendapat kelulusan daripada Sultan atau Yang Dipertuan Agong.

P/S : Pastikan kita perbetulkan balik undang2 kita dan pastikan pada pilihanraya akan datang kita rampas Malaysia daripada UMNO yang tak guna ni. Jadikan mereka pembangkang dalam Parlimen.

MANA JANJI DERIH TERIMA QADA DAN QADAR ?????

Ditakdirkan berlaku apa-apa perkara yang menggugat keamanan rakyat negeri Terengganu ekoran isu pelantikan Menteri Besarnya, orang paling wajar dipertanggungjawabkan atas keadaan itu ialah Dato’ Seri Idris Jusoh. Mana tidaknya, Jika tidak kerana kedegilannya untuk terus berpaut pada jawatan nombor satu negeri itu, sudah lama kemelut pelantikan ketua kerajaan negeri itu dapat diselesaikan.

Sebaik majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu ditangguhkan pada 10 Mac lalu, Idris sendiri sudah maklum bahawa punca utama penangguhan itu ialah beliau sendiri.

Spekulasi yang bertiup kencang selepas itu ialah pihak istana tidak berhasrat merestui beliau dilantik semula. Untuk itu, istana meminta Barisan Nasional menamakan Adun lain sebagai ganti beliau.

Ekoran itu, beberapa nama dikatakan telah diserahkan BN Terengganu bagi dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Antara mereka ialah Datuk Mohamed Awang Tera (Adun Cukai), Datuk Rosol Wahid (Ajil) dan Datuk Ahmad Said.

Turut disebut-sebut sebagai alternatif kepada nama-nama tadi ialah Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) dan Alias Abdullah (Alor Limbat).

Idris yang sangat kecewa dengan perkembangan itu tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Ketika ditanya bila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar dapat diketahui, Idris yang sangat tidak selesa mengherdik wartawan itu.

“Faham ke tak? Saya kata (pelantikan) itu atas istana (yang tentukan). Saya tidak perlu jawab soalan itu,” katanya, sebagaimana disiarkan akhbar Harian Metro, 12 Mac lalu.

Kebuntuan pelantikan itu berlanjutan. Idris kemudiannya tampil dengan kenyataan agak lembut dan menyatakan kesediaannya menerima apa jua keputusan yang bakal dibuat pihak istana mengenai jawatan tersebut.

“Saya sentiasa bersedia (menghadapi kemungkinan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar). Saya percaya kepada Allah, saya percaya pada qada dan qadar dan apa jua keputusan saya terima dengan rela hati,” demikian kata Idris, sebagaimana disiarkan Berita Minggu, 16 Mac lalu.

Keesokannya, Idris mengejutkan negara dengan kenyataan yang mendakwa pihak istana telah bersetuju mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Saya difahamkan 22 ADUN telah menandatangani surat sokongan terhadap saya, kecuali seorang sahaja yang tidak berbuat demikian. Seorang sahaja,” katanya sebagaimana dipetik akhbar Sinar Harian, 17 Mac.

Majlis yang menyaksikan Idris mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu bagaimana pun tidak pernah berlangsung selepas itu. Setelah genap dua minggu semua pihak berteka-teki siapa bakal menerajui Terengganu, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu tampil dengan pengumuman mengejutkan.

Pihak istana bersetuju melantik ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Difahamkan Ahmad adalah satu-satunya ADUN yang tidak menandatangani surat sokongan terhadap Idris pada 16 Mac lalu.

Pelantikan Ahmad mendapat bantahan keras 23 ADUN BN lain, termasuk Idris. Mereka malah mengeluarkan kenyataan sangat biadab terhadap keputusan istana itu.

Idris sendiri dikatakan turut hadir dalam mesyuarat sebelum kenyataan itu dikeluarkan. Meski punbeliau sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ekoran itu, beliau tidak boleh berlepas tangan daripada apa yang dinyatakan dan bakal dilakukan anak-anak buahnya.

Sepatutnya dalam keadaan begitu, Idris menggunakan pengaruhnya ke atas anak-anak buahnya dan mententeramkan mereka. Inilah masanya Idris perlu buktikan apa yang dia telah sebut, “saya percaya kepada Allah, saya percaya pada qada dan qadar dan apa jua keputusan saya terima dengan rela hati”./wann