PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan menghantar kumpulan perisik ke seluruh negara bagi menyiasat cubaan pakatan parti pembangkang ‘membeli’ Ahli Parlimen parti komponennya dengan menawarkan wang jutaan ringgit untuk menjatuhkan kerajaan.

Setiausaha Agung BN dan Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata maklumat tepat mengenai perkara itu sedang dikumpul.

“Ada maklumat yang sahih dan tak sahih, ada kata begini dan ada yang kata begitu. Sebab itu kita hantar kumpulan perisik kita sendiri bagi memeriksa keadaan di bawah,” katanya selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Tengku Adnan yang menggantikan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang melepaskan jawatan Setiausaha Agung Umno dan BN kelmarin, mengulas desas-desus berhubung cubaan pembangkang untuk membeli Ahli Parlimen BN, terutama di Sabah dan Sarawak.

P/S : Sedar tak sedar padahal BN sendiri yang cuba membeli ahli Dun PKR dengan jumlah 250,000 dengan 1,000,000 semasa pilihanraya lalu. Kenapa tidak dibangkitkan? BA tidak mungkin berbuat demikian kerana BA adalah pilihan rakyat bukannya untuk dijual beli seperti BN yang gila dengan wang ringgit. Majoriti ahli BN makan suap. Bahkan ahli umno sendiri pun tahu akan hal ini. Memang tidak dinafikan lagi. Begitu senang menuding jari kepada orang lain sedangkan kesalahan sendiri disorokkan. Fikir sebelum berkata-kata.