Akhirnya, Pas Bekerjasama Dengan DAP?

ORANG-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram, sebagaimana yang diputuskan oleh Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Kelantan pada 1963 dan begitu juga dengan Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981.

Petikan dari laman web UMNO

P/S Inilah antara orang yang kurang berilmu agama apabila bercakap. Hanya melalui mulut tidak melalui akal dan ilmu agama. Nabi kita sendiri Muhammad s.a.w menubuhkan negara Islam tetapi aman damai. Hidup antara orang Islam dan orang bukan Islam dalam satu negara tidak salah. Cuma baginda berdakwah supaya mereka memeluk agama Islam dengan hati yang Ikhlas disamping berdoa kepada Allah membuka hati orang bukan Islam memeluk Islam. Kalau nak diikutkan lagi banyak boleh cerita dari sejarah pemerintahan rasulullah sehingga khulafa arrasyidin. Harap pemimpin UMNO ni bukak buku bukak kitab baca balik. Mengaji balik dari alif hingga khatam. Jgn menabur fitnah diatas alim ulama yang memperjuangkan Islam dan Kebenaran.