VERSUS
Hairan juga bila Rafidah selama ini tidak faham akan perlembagaan UMNO apabila dia sendiri menyuruh setiausahanya menyemak kembali keahlian di pejabat UMNOI. Apakah selama ini beliau tidak pernah menerima ahli puteri yang telah tamat tempoh dalam puteri sebagai ahli wanita. Apakah selama ini Rafidah tidak tahu bahawa Azalina adalah ahli pergerakannya.
Dalam perlembagaan Puteri UMNO ada menyatakan bahawa setiap ahli puteri UMNO yang tamat tempoh sebagai Puteri UMNO apabila usia menjangkau 35 tahun( pada hari lahir yang ke 36) nama mereka akan tersenarai terus sebagai ahli wanita UMNO.secara tersendiri. Bagi mereka yang berjawatan pula boleh memegang jawatan dalam puteri UMNO sehingga usia 40 tahun tetapi perlu menulis surat pemberitahuan kepada pejabat UMNO pada setiap tahun. Umpamanya Ketua Puteri UMNO boleh memegang jawatan dalam puteri umno sehingga usia 40 tahun.

Begitu juga dengan ahli wanita yang berusia di bawah 40 tahun boleh bertanding untuk merebut jawatan Ketua Puteri UMNO. Apakah Rafidah telah lupa apabila dia pernah mencadangkan dua ahlinya bertanding untuk jawatan ketua Puteri UMNO untuk melawan Azalina ketika pemilihan ketua puteri UMNO dahulu.

Mengapa Rafidah masih tidak boleh menerima Azalina sejak beliau menjadi menteri lagi dan isi hatinya terhadap Azalina kian terserlah dengan nyata apabila beliau tidak lagi berada dalam kabinet. Apakah Azalina yang menentukan barisan kabinet yang membuat Rafidah menjadi marah kepada Azalina, sedangkan Azalina tidak pernah mencuit atau menyentuh langsung mengenai diri Rafidah.

Rafidah perlu menerima hakikat bahawa rezeki di tangan tuhan. Kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan.Mengapa Rafidah perlu memasukkan Azalina sebagai satu masalah dalam benak pemikiran kerana beliau sendiri sedang menghadapi banyak masalah.Sabar…..lah kak Pidah…Kak Pidah masih Bos kepada Azalina di dalam Pergerakan Wanita sehingga Azalina melanggar Kak Pidah…… Mungkin Azalina tidak akan melakukannya , Azalina mungkin tidak mahu menambah luka dan derita kak Pidah lagi.

Petikan dari wawancara Rafidah baru-baru ini.Hal ini sebenarnya tidak jelas dan ia menjadi salah satu bahan bualan baik dikalangan ahli UMNO sendiri.Bagi mereka yang tidak faham sangat tentang politik atau politiking ada bertanya mengapa Wanita UMNO bising-bising tidak ada wanita dalam kabinet.Bukankah Datuk Azalina Othman Said yang dulunya Menteri Belia dan Sukan dilantik sebagai Menteri Pelancongan dalam kabinet 2008 itu seorang wanita?

Ini menjadi salah satu soalan yang ditujukan kepada Datuk Seri Rafidah Aziz dalam sidang akhbarnya yang panas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri awal petang Rabu. Kenapa Azalina tidak dianggap sebagai sebahagian dari Wanita UMNO? Ini jawapan Rafidah, “ saya tak tahu sama dia ahli Wanita atau tidak…kena check Faridah ( katanya kepada Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Datuk Faridah Abu Hassan yang berdiri di sebelahnya).

Serentak dengan itu kedengaran suara dikalangan para ahli Exco Wanita UMNO Malaysia yang berdiri disampingnya diatas pentas sidang akhbar itu berkata, “ tak…tak…tak…tak.” Kata Ketua Wanita UMNO itu lagi, “ dia tak Puteri ( UMNO) lagi… I don’t know …saya tak tahu…tolong check dengan ibupejabat ( UMNO)…saya tak mahu cakap siapa member ke tidak…janganlah tanya saya.” Ditanya lagi bukankah dia seorang wanita jadi menteri? Jawab Rafidah yang enggan mengulas lanjut,sambil berkata “ tak payahhhh ( tanya)… ”

P/S Dalaman pun dah huru-hara macam mana nak tadbir negara macam ini.