Kuala Lumpur — Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan memainkan peranan aktif sebagai ahli parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya di Dewan Rakyat yang kini akan disertai ramai pemimpin pembangkang.

Menurutnya sebagai Ahli Parlimen Rembau sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berkhidmat sebagai penyokong kerajaan di Dewan Rakyat selain memberi khidmat kepada pengundi di kawasan yang dimenanginya.

Malah beliau juga tidak kecewa kerana tidak dilantik dalam kabinet yang diumumkan Perdana Menteri kerana beliau sejak awal lagi sudah menyatakan tidak mahu menganggotai kabinet selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

“Saya tidak akan menyertai pentadbiran selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri.

“Malah saya telah memaklumkannya sekiranya saya terpilih menjadi calon BN untuk kawasan Rembau memandangkan kedudukan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Rembau, saya tidak mahu dilantik menjadi anggota kabinet”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di sini, hari ini.

Mengenai kedudukannya pada pemilihan Pemuda UMNO nanti, beliau menyerahkannya untuk ditentukan perwakilan apabila tiba masanya nanti.

“Jika mereka mahukan khidmat saya, saya akan teruskan”, katanya.

P/S Beliau tidak mahu diganggu kerana ingin menjadi PM semasa ketiadaan Paklah nanti. Selagi ada arus penentangan dia tidak boleh nak bergerak mana. Namun sekarang mendiamkan diri mencari idea baru untuk memerintah.