Kita sudah pun mengetahui bahawa Dato Khir, Rafidah dan ramai lagi ahli kabinet lama yang tidak dlantik dalam kementerian Paklah. Seperti yang dimaklumkan bahawa ramai membantah melantik menteri yang kalah dan tidak bertanding dalam kabinet. Ini menunjukkan pilihanraya dipandang mudah dengan begitu sekali. Maknya sekiranya kalah, menang, dan tidak bertanding dalam BN tidak menjadi masalah kerana kuasa perlantikan ditangan PM. Ini terang-terang dikatakan salahguna kuasa kerana sudah nampak Pilihanraya lalu seperti tiada nilai lagi. Sekadar hanya untuk memerintah dan mengalahkan BA sahaja.

Ramai yang membantah, bahkan yang sepatutnya dilantik menjadi menteri dikekalkan dengan begitu sahaja. Orang lain pula dipersalahkan kerana kekalahan BN. Dato Khir meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO dan diserahkan kepada Muhd Taib bekas MB Selangor dulu. Ini seperti satu konspirasi seperti ada muslihat disebalik batu. Pasti ada hasutan dari pihak tertentu supaya menggugurkan Dato Khir dan digantikan dengan Dato Muhd Taib.

Muhd Taib banyak sudah kes beliau dan terang-terang ditangkap semasa pemerintahan Mahathir dengan membawa wang Kerajaan Selangor RM100 juta keluar dari Malaysia ke luar negara dan dipecat dari menjadi MB Selangor dulu. Kesnya pun senyap macam itu sahaja. Sekarang pula lantik beliau jadi Menteri Pembangunan dan dalam kabinet. Ini bukan nak bagi membangunkan negara, menjahanamkan lagi adalah. BN ketandusan menteri berkaliber kerana yang layak terlalu ramai didalam Barisan Alternatif seperti Pas, Keadilan dan DAP.

Justeru itu juga Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pun letak jawatan dari UMNO kerana tidak lagi ada jawatan dalam kabinet. Memang sudah diramalkan bahawa perkara seperti ini akan terjadi. Dalam perlantikan yang tidak adil ini, Paklah terang-terang memilih bulu dan ingin menjatuhkan orang kuat zaman pemerintahan Mahathir dulu. Beliau sepatutnya meneliti dan menganalisa kepentingan seseorang dalam kabinet. Bukan melantik siapa yang ikut arahan siapa yang tidak. Fikir-fikirkanlah.