Syabas kepada BA kerana melaksanakan tanggungjawab dalam menaikkan taraf hidup rakyat di Selangor dan Kedah. Justeru itu PKR Selangor dan Pas Kedah dalam pemotongan elaun adun 30% untuk rakyat, mereka juga akan menurunkan cukai tanah sebanyak 30% dan akan cuba memberikan air percuma kepada rakyat Selangor untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi selama ini. dalam pemerintahan BN tidak pernah mereka menilai kos sara hidup rakyat yang makin tinggi dan masih ingin mengenakan kos-kos tambahan pula. Hanya mementingkan pendapatan mereka sahaja.

Cadangan : Diharapkan juga kerajaan Selangor dan Kedah dapat mempertimbangkan penurunan cukai pintu yang tinggi kerana setiap 6 bulan kami terpaksa membayarnya.

Syabas saya ucapkan kepada MB Selangor Dan MB Kedah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada negeri Selangor dan Kedah dibawah pemerintahan BA.