Perlantikan kabinet baru oleh Abdullah Badawi telah dilaksanakan pada 18hb March 2008. Kita pun tahu siapa yang dilantik siapa yang dipinggirkan. Kebanyakan kabinet yang tidak dilantik orang kuat Tun Mahathir dulu. Nampaknya Paklah memulakan era pemerintahan baru dengan kabinetnya. Banyak rombakan dilakukan. SYABAS!!! Kenapa? Masukkan kembali perasuah kedalam kabinet. Ustazah hadari pun naik pangkat. Kenapa ini terjadi? Sudah tidak ada orang lain ke yang lebih layak? Kita tengoklah dan lihat apa akan jadi nanti. Makin banyaklah rasuah dan penyelewanganlah nanti.

Kalau paklah berani ……..
Turun harga minyak
Hapuskan Cukai Pintu
Hapuskan Tol
Turunkan duty import
Hapuskan segala projek mega, bela rakyat miskin dahulu, pastikan tiada kemiskinan dalam negara ini.
Hapuskan Rasuah dan Penyelewengan.
Rombak semula pentadbiran Mahkamah dan lantik yang berkelayakan.
Beri yuran percuma pendidikan kepada rakyat.