Pandangan & Pendapat.

Kemelut pilihanraya sudah habis. Sekarang kita boleh lihat pelbagai isu yang cuba ditimbulkan oleh UMNO dari isu perkauman, DEB, perlaksanaan manifesto dan banyak lagi. Sudah lama kita perhatikan UMNO memerintah beberapa negeri di Malaysia. Seperti contoh di Negeri Melaka, isu khinzir sudah 2-3 tahun sudah penduduk mengeluh kepada wakil rakyat sampai kepada MB pun namun tidak ada tindakan diambil. Bila media datang siarkan, baru la heboh nak buat itu nak buat ini. Sekarang kita lihat senyap lagi isu itu. Nanti akan timbul balik lihatlah. Media dan akhbar pun satu, kalau BA punya isu tiap2 hari siarkan sampai naik muak nak tengok.

Sebagai contoh di Amerika, media tidak berpihak kepada mana-mana parti pun walaupun disana negara bukan Islam. Itu baru betul. Di Malaysia 100% media dan akhbar bersubahat dengan mereka. Malahan Presiden Bush sendiri pun tidak berani guna media untuk berkempen. Kita bukan nak naikkan nama Bush tetapi hanya membuat perbezaan antara pemimpin UMNO dengan Presiden Amerika.

Di Thailand, kita sendiri pun tahu kes Taksin menipu pilihanraya dan dibuang negara. Lihatlah perbezaan antara negara kita negara Islam dan negara Budhist Thailand punya pemerintahan. UMNO control semua KING CONTROL. Tidak ada demokrasi, tidak ada undang2 yang mampu menahan mereka.

Kes bekas MB Selangor mesti saudara ingat Muhd Taib yg membawa 100 juta ringgit ke luar negara. Beliau cuma dilucutkan jawatan sahaja tapi tiada tindakan diambil macam DSAI. Undang2 ape ini? Lepas beberapa tahun beliau boleh pulak join UMNO jadi ahli majlis tertinggi pulak tu. Begitu mudah dan dilupakan begitu sahaja.

Kes pembalakan di Bukit Cherakah, pun senyap macam itu sahaja semasa pemerintahan Dato’ Khir.

Beginilah pemerintahan UMNO kalau kita terus menyokong mereka. Terang2 penipuan nak sokong lagi. Insaflah. Bahawasenya, Nabi tidak akan mengaku umat selagi kita mengamalkan pemerintahan penjajah. Nauzubillah.

Pesanan Buat Penyokong Umno, sudahlah….. jangan jadikan diri kita hamba kepada penzalim ini. Mereka ini akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak apa yang mereka buat didunia ini.