PUTRAJAYA 16 Mac — Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri di sini, dipercayai berhubung pergolakan dalam pemilihan jawatan Menteri Besar Perlis.

Beliau bagaimanapun enggan ditemuramah oleh media apabila pemandu kenderaannya memecut laju sebaik sahaja kenderaan itu dihampiri oleh sekumpulan wartawan yang menunggu di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, bagi mendapatkan ulasan. – Bernama

P/S : Tentu Shahidan jumpa Paklah mintak bantuan la tuh berkaitan kes perlantikan MB baru-baru ni.