IPOH: Kerajaan Perak yang akan dibentuk hasil gabungan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas adalah kerajaan yang lemah dan tidak akan bertahan lama disebabkan perbezaan ideologi.

Penasihat Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata, pemimpin DAP Perak sanggup melupakan prinsip parti hingga bersetuju berpakat dengan Pas bagi membentuk kerajaan negeri semata-mata kerana mereka gila kuasa.

Katanya, pakatan antara DAP, Pas dan PKR bukanlah kerajaan yang dikehendaki oleh penduduk Perak sama ada keturunan Melayu, Cina atau India.

Beliau berkata, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming adalah pemimpin yang sangat mengimpikan jawatan dalam kerajaan hingga sanggup mengetepikan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang hanya memberi kelulusan bagi pembentukan kerajaan campuran diketuai DAP atau PKR.

Dr Lim berkata, DAP juga sudah menjual maruah mereka dengan menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas sebagai calon Menteri Besar.

“Ini menunjukkan DAP berjuang untuk mendapat kedudukan dalam kerajaan kerana dua sepupu, Ngeh dan Nga ini adalah perancang utama yang mahukan kuasa.

Petikan dari bharian

P/S : Siapa yang gila kuasa? Parti yang menanglah wajar jadi pemimpin. Sebenarnya ini adalah kehendak Sultan sendiri. Anda kalah dalam pilihanraya duduk bersara dia-diam sudah. Buat apa timbulkan pelbagai isu? DAP-PAS-PKR telah bermesyuarat dan berpakat dengan adil untuk melantik Nizar sendiri menjadi MB Perak. Ini adalah salah satu tuduhan tidak berasas.