KUALA LUMPUR: Puteri Umno menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama pergerakan itu untuk menjatuhkan kepemimpinan negara serta cuba mencetuskan kekacauan di kalangan masyarakat dengan pemasangan kain rentang di sekitar Lembah Klang.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad, berkata pihak terbabit didapati menggantung kain rentang yang kononnya memaparkan bantahan pergerakan itu terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat oleh Ketua Penerangan Puteri Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Sharifah Aminah Syed Mohssain di Balai Polis Wangsa Maju, semalam berikutan pemasangan kain rentang berkenaan.

“Puteri Umno berharap polis akan siasat siapakah dalang di sebalik perbuatan ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya yakin perbuatan ini dilakukan satu sindiket dalam usaha untuk menjatuhkan pemimpin negara atau mungkin juga taktik pembangkang untuk mewujudkan perasaan curiga di kalangan pemimpin dan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Puteri Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Noraini berkata, pihaknya menyedari mengenai perkara itu pagi kelmarin apabila ahli Puteri mendapati kain rentang yang menggunakan nama pergerakan Puteri Umno Bandar Tun Razak, digantung di jejantas Taman Melati, Hulu Klang, di sini.

P/S : Jangan buat tuduhan secara melulu tanpa bukti. Mungkin orang2 BN sendiri. Ada fikir?