Beberapa isu telah kita ketahui mengenai perlantikan MB Terengganu. Namun orang-orang BN sendiri menafikan perkara tersebut. Kalau kita perhatikan memanglah banyak pembangunan di Terengganu tetapi semua projek atas kroni mereka semua. Kemana hilangnya hak dan kebaikan rakyat untuk pembangunan tersebut? Mereka hanya pentingkan nama dan pangkat sahaja. Pecat kakitangan sendiri dengan sesuka hati. Tipu pilihanraya. mengikut maklumat sahih sebanyak 190 buah bas dihantar ke Terengganu untuk mengundi disana terdiri daripada pelajar IPTA, indonesia dan bangla. Mustahil mereka semua warga Terengganu.

Ideris Jusoh sendiri tidak menghadiri semasa perlantikan atau semasa penerimaan watikah dari Sultan dengan alasan ke Kuala Lumpur berjumpa dengan PM. Bermakna beliau memperkecilkan kuasa Sultan. Antara Sultan dan PM siapa lebih berkuasa? Dimanakah hak mutlak kuasa-kuasa institusi diraja dimasa ini? Ini bermakna BN/UMNO berkuasa mentadbir Malaysia lebih daripada raja-raja yang ada di Malaysia. Bebas membuat perlembagaan sendiri. Tidak mahu mendengar keluhan rakyat. Salahguna kuasa seperti Polis, tangkap orang sana-sini, kenakan ISA. Layakkah beliau menjadi MB lagi? Kita pun sedar akan perkara ini. Semoga dapat buat pengajaran kita dimasa hadapan.