SHAH ALAM 13 Mac – Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu Tian Khiew membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang didakwanya melakukan kesalahan besar kerana menandatangani satu kontrak perniagaan melibatkan kerajaan negeri selepas Parlimen dibubarkan.

Ronnie Liu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor tersebut di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor kira-kira pukul 3.30 petang hari ini.

Bercakap kepada pemberita, beliau mendakwa, Mohamad Khir melakukan kesalahan apabila membenarkan pemeteraian urus niaga antara Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. berhubung operasi rawatan dan penyelenggaraan loji air Sungai Sireh, Tanjong Karang pada 7 Mac iaitu sehari sebelum tarikh pembuangan undi berlangsung.

”Sepatutnya selepas kerajaan negeri dibubarkan, tiada sebarang urus niaga berkaitan kerajaan negeri boleh dibuat.

”Tetapi Mohamad Khir telah menandatangani perjanjian itu sedangkan dia tidak berhak lagi ketika itu,” dakwa beliau.

Setiausaha Biro Antarabangsa DAP itu juga melahirkan rasa kesal apabila Mohamad Khir menafikan mengetahui mengenai kontrak tersebut dan menafikan telah menandatanganinya seperti yang dilaporkan akhbar Malay Mail hari ini.

”Saya mempunyai bukti terhadap Mohamad Khir dan saya akan mengemukakan bukti-bukti ini kepada pihak polis agar tindakan boleh diambil terhadapnya,” kata Ronnie Liu sambil mengedarkan salinan pemberitahuan awam mengenai perjanjian tersebut yang dicetak dari laman web Bursa Malaysia di http://announcements.bursamalaysia.com.

P/S : Padan muka dia. Project lagi lar tuh…….Patut lar nak hapuskan fail bukti dalam kerajaan Selangor.