Pandangan & Pendapat.

Sejak BN memerintah negara sejak dari pemerintahan Tun Mahathir lagi, kita boleh lihat bagaimana ISLAM dipinggirkan dalam perundangan dan perlembagaan yang dicipta oleh BN sendiri. Penyelewangan, rasuah sana-sini, kepentingan dan kuasa mahkamah syariah diabaikan, jenayah, rogol berleluasa. Ini adalah kerana pemimpin tiada pendirian dan tiada penonjolan dalam agama islam dalam perlembagaan. Tiada panduan yang tetap, undang2 boleh berubah2 mengikut sesuka hati pemerintah. Kita pun sudah tahu bahawa terang2 hukum hudud telah ditolak oleh BN kerana menyangka hukum tersebut adalah tidak sepadan dengan zaman sekarang. Bahkan hukum hudud tersebut sudah terkandung didalam Al Quran dan wajib ditaati.

Justeru, bagaimana kita masih tidak melaksanakan lagi hukum tersebut? Sesungguhnya kita semua adalah tergolong didalam orang2 yang berdosa besar kerana melanggar hukum Allah. Pemimpin yang melawan hukum Allah akan menanggung segala dosa2 tersebut kerana tidak melaksanakannya. Dalam pemerintahan BN juga, kita tahu bahawa alim ulama diharamkan dari berceramah dan menyampaikan ajaran ISLAM. Ini adalah satu penghinaan besar keatas ISLAM. Alim ulama akhir zaman (Ustaz Umno) semuanya pentingkan pangkat, kedudukan dan  keduniaan. Mereka lupa bahwa diakhirat kelak Allah akan bertanya apa yang mereka sampaikan semasa hidup didunia ini.

Disamping itu juga, sekolah2 pondok, madrasah dan banyak masjid dirobohkan, kenapa tiada pemimpin ISLAM tampil untuk buat bantahan. Dimana letaknya nama sebagai umat dan pemimpin ISLAM? Itu akan ditanya oleh Allah Taala nanti. Masjid rumah Allah, tempat beribadah, majlis syura dan kegiatan agama dijalankan dizaman rasulullah. Kenapa BN pertikaikan semasa Hj Hadi menyampai ceramah dengan mengatakan menggunakan masjid sebagai tempat berkempen. Sedangkan rasullah menggalakan sebarang mesyuarat dan ceramah dimasjid diadakan. Kerana masjidlah pusat dakwah yang utama dizaman rasulullah.

Begitulah betapa ceteknya pemikiran Umno mengenai hal2 agama. Contoh yang baik kita boleh lihat ialah Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Bagaimana beliau mentadbir negeri  kelantan beliau juga menyampaikan ajaran ISLAM dikalangan seluruh umat ISLAM disana. Inilah yang kita mahukan sebagai seorang pemimpin ISLAM. Bukan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan TEMBERANG.

Fikir-fikirkanlah……………. Sesungguhnya nabi tidak akan mengaku umatnya selagi mengamalkan pemerintahan penjajah.