KUALA LUMPUR – Sudah empat hari berlalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo masih menyepi.

Sehingga kini, beliau belum menemui media dan membuat penjelasan mengenai kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Selepas janji untuk mengadakan sidang akhbar pada 10 Mac tertangguh kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur, Mohamad Khir masih enggan ditemui lagi.

Malah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu juga tidak kelihatan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat jenazah Allahyarham Datuk Zakaria Deros di Klang semalam.

Beliau dikatakan menziarahi jenazah lebih awal iaitu kira-kira pukul 3 pagi.

Bagaimanapun, menurut sumber, Mohamad Khir yang juga Pengerusi BN Selangor hanya bersetuju berjumpa media selepas kerajaan baru dibentuk.

Di Ipoh, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli juga masih belum ‘bersedia’ bertemu media dengan ‘berkubu’ di kediaman rasminya.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ialah sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini kelmarin sebelum menghilangkan diri selepas itu.

Petikan Kosmo

P/S :  Antara muka kalah pilihanraya 12 takut menjawab soalan media. kalau gentlemen buat macam Dato Ong Ka Ting secara terbuka membuat sidang media pada malam keputusan itu jugak. Siap sedialah dalam dewan rakyat nanti.