Penubuhan kerajaan negeri Perlis tertangguh hingga ke hari ini kerana dipercayai wujudnya usaha untuk menghalang pelantikan semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar.

Malaysiakini difahamkan, puak yang bertelagah dengan Shahidan berusaha untuk mendapat persetujuan pucuk pimpinan Umno pusat supaya melantik adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, sebagai menteri besar yang baru.

Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, Syed Razlan dipindahkan dari kerusi parlimen Arau untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh dan menang dengan majoriti 2,572 undi.

Ini bermakna pertelagahan dalam Umno Perlis antara puak Shahidan dengan puak ahli parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, yang juga setiausaha agung Umno, masih berterusan – dan kini masuk ke babak baru.

Dalam pilihanraya umum tersebut, Barisan Nasional (BN) pimpinan Shahidah, mencatatkan kemenangan besar, dengan memenangi ketiga-tiga kerusi parlimen – Kangar, Arau dan Padang Besar dan 14 daripada 15 kerusi DUN.

BN negeri hanya tewas di kerusi DUN Simpang Empat. Calonnya, Zahari Bakar tewas kepada calon PAS, Rus’sele Eizan dengan majoriti 53 undi sahaja. BN bagaimanapun berjaya merampas kembali Sanglang yang dipegang PAS selama dua penggal.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, tidak harus wujud masalah seumpama itu kerana Shahidan telah menerajui Umno untuk menang besar dalam pilihanraya Sabtu lalu.

Petikan dari Malaysiakini.com

P/S : BN Perlis berpecahbelah. Macam mana nak bina negara macam nie.