Tadi saya baru makan bersama rakan-rakan saya. Kebetulan mendengar beberapa orang wakil BN menceritakan dan menyebarkan sentimen perkauman akibat Perak dan P.Pinang diterajui oleh DAP. Padahal pemimpin mereka sendiri mengharamkan isu tersebut dijadikan isu, nampaknya mereka memulakan strategi untuk meyebarkan dan memainkan sentimen perkauman untuk meleraikan pakatan BA dari bawahan yang telah menawan beberapa negeri terutama Perak dan P.Pinang.

Diharap hamba2 BN sudah lah, kembali ke pangkal jalan. Jangan jadikan sentimen perkauman sebagai alasan kerana semua telah ditakdirkan Allah. Pemimpin kamu sendiri yang memulakan isu sebegini kemudian yang akan disalahkan pula ialah pemimpin BA.

P/S Harap rakyat dapat faham sentimen dan strategi BN ini. Berhati-hati bila berkata kerana ianya akan memakan diri sendiri. Muhasabah diri sendiri dulu sebelum mengatakan kepada orang lain.