Pandangan dan pendapat.

Bahang pilihanraya sudah berakhir, namun kemelut yang melanda parti BN memang mengejutkan. Apakah mereka masih ditokok lama dan masih mengharapkan keajaipan berlaku. Kerana ini semua sudah suratan dari ilahi yang menentukan. Pada pandangan saya, kemelut ini sudah berakhir untuk PRU12, akan tetapi kemungkinan PRU 13 pasti akan cepat kerana pasti BN akan cuba sedaya upaya menebus kekalahan lalu.

Justeru itu, BA seharusnya menunaikan kewajipan mereka dengan tekun dan berusaha gigih untuk menaikkan lagi kepercayaan rakyat dan menunaikan hak-hak mereka. 5 negeri ditawan bukannya banyak kerana permainan politik berubah-ubah mengikut pendirian rakyat. Saya amat berharap pemimpin dari Pas, Keadilan dan DAP dapat bekerjasama dengan erat disamping memperjuangkan islam untuk membentuk negara Islam yang bersih dari pelbagai penyakit yang sebelum ini dibawa oleh BN.

BN, mereka mesti dalam keadaan yang amat sedih diatas kekasalahan besar, akan tetapi kekuatan yang mereka ada seperti wang, media dan sebagainya mampu mengubah pendirian rakyat sekiranya kita lalai seperti mereka.

Dengan ini, sentiasalah bersedia untuk pru13 nanti dan harapan saya sebagai rakyat malaysia semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang sesat kembali ke pangkal jalan dan membuka hati untuk menyokong kebenaran. Semoga BA dapat berkhidmat dengan adil dan bijaksana, basmi rasuah dan penyelewengan, jaga kebajikan rakyat, selesaikan segala isu2 yang tertangguh dlm negeri semasa pemerintahan MB dulu dan tunaikan janji semasa pru12 yang lalu. Pasti rakyat senantiasa memastikan pemimpin tersebut tidak akan kalah dimasa hadapan dan sentiasa disanjungi.

P/S : Harap MB Selangor membenarkan ustaz2 yang kena gam tu berceramah balik seperti biasa dimasjid dan surau di seluruh Selangor. Cth : Ismail kamus, Harun Din dan ramai lagi.