Pandangan Dan Pendapat.

Kenapa bila akhir pilihanraya, pengkritik politik di RTM semasa ditemubual mengatakan bahawa kekalahan BN berpunca salah satu daripada penyebaran maklumat BA dilaman web dan blogs. Kerana ini lah sebenarnya apa yang kita dedahkan untuk pengetahuan umum dan berita sebenar bukannya khabar angin atau dibuat2. Kalau di Tv dan akhbar Utusan Malaysia, Metro dan sebagainya adalah anti BA semua. Setiap hari ada sahaja fitnah yang ditimbulkan. Kenapa tidak disiarkan juga pemimpin BA berucap di TV sepenuhnya. Ini cuma ambil separuh sahaja yang boleh membuatkan satu isu untuk mengelirukan rakyat seperti contoh semasa Tn Guru berucap mengeluarkan perkataan bodoh. Wal hal kalau media betul2 jujur dan ikhlas, siarkan apa yang Tn Guru berucap dari mula sampai akhir di TV. Mustahil alim ulama boleh menyebarkan fitnah sebegitu. Kalau Tn Guru fitnah, maka pasti islam dikelantan sudah lama disesatkannya.

Ini adalah kerana baculnya pemimpin BN takut akan pembongkaran diketahui umum. Tetapi Allah Maha Berkuasa dalam membantu umatnya menegakkan keadilan dan syariat Islam.