Kekalahan BN yang teruk adalah berpunca daripada pemimpinnya sendiri lalai, pentingkan kroni, dan tidak mahu mendengar keluhan rakyat. Paklah sepatutnya letak jawatan dan tak layak langsung jadi PM. Sebagai contoh, Ketua menteri Pulau Pinang, Dato ‘ Ko Soo Khon secara gentlemen membuat sidang media selepas kalah dan terus meletak jawatannya sebagai presiden MCA. Ini masa keputusan diumumkan pun tak buat sidang media, hari Ahad pun sunyi ajer, aper nie. Macam tak dapat menerima kenyataan. Bekas PM Tun Mahathir pun secara terang-terangan telah membuat sidang media bahawa Paklah patut letak jawatan.

Justeru itu juga, Ketua Polis Negara juga sepatutnya dilucutkan jawatannya kerana tiada penurunan kadar jenayah dinegara ini dari setahun ke tahun. Melaksanakan tugas bagaikan melepas batuk ditangga. Gantikan dengan pemimpin yang berwibawa untuk menerajui Malaysia.