BN mempunyai kekuatan dan penyebaran melalui media seperti RTM, TV3, TV9 dan sebagainya yang kita tahu. Apa kata Barisan Alternatif diluluskan untuk mempunyai stesen TV dan akhbar sendiri untuk disiarkan kepada umum untuk penyiaran berita bagi pengetahuan umum. Selama ini kita hanya mendengar melalui sebelah pihak sahaja dan menyebabkan orang-orang kampung dan pedalaman tidak dapat berita sebenarnya yang berlaku. Ini dinamakan berat sebelah kerana BN boleh menyebarkan sebarang fitnah setiap hari kepada Barisan Alternatif dan inilah yang akan menyebabkan ramai orang benci kepada BA selama ini dan percaya 100% dakyah BN dan Umno selama ini.

Apa kata anda. Setuju atau tidak.

Harapan : Semoga BA mempunyai stesen TV sendiri dan pengeluaran akhbar diseluruh Malaysia setiap hari.