Kemenangan rakyat di Kedah, kompleks PAS Kedah dibanjiri penyokong
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak akan mengadakan sidang akhbar bila-bila masa dari sekarang bersama Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Mohd. Zamri Yusuf di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Rakyat dari segenap lapisan ketika ini memenuhi setiap ruang dalam Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah untuk bersama meraikan kemenangan PAS dan KeADILan sejak jam 9.00 malam semalam.

Dewan menjadi gamat dengan laungan takbir ketika setiap kali Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin mengumumkan setiap kerusi yang dimenangi PAS dan KeADILan.

 p/s Alhamdulillah, Pas akhirnya dapat memerintah Kedah. Dengan harapan dapat memerintah Malaysia pada pilihanraya akan datang.