Kegembiraan rakyat tak terhingga apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menuju masuk ke Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dengan ditemani pimpinan-pimpinan PAS yang cukup ceria.
Tergambar di wajah bersih Tuan Guru kesyukuran yang teramat, dan kalangan penyokong tak henti-henti bertakbir hingga memecah sunyi malam yang sebelum ini di Kota Bharu hanya digenangi limpahan airmata.

Sehingga jam 2.00 pagi tadi, hampir 10,000 penyokong PAS masih berkumpul di hadapan bangunan tersebut hingga ada yang menyatakan bahawa kemenangan besar ini adalah kerana Allah mahu memberi signal kepada kerajaan Umno/BN yang cukup angkuh tidak mahu kepada Islam dan tidak tunduk kepada hidayah Allah.


Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berkata, kemenangan yang diberi Allah kepada PAS, KeADILan dan pembangkang lain di Malaysia adalah kerana tindakan Umno/BN yang sudah cukup melampau.

Kata Tuan Guru, rakyat kelantan masih mahu mempertahankan kerajaan Islam yang telahpun dijalankan PAS sejak memerintah 18 tahun lalu. Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat, katanya.


Beliau juga memberi mesej peribadinya kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan BA dan pembangkang lain dibeberapa negeri termasuk Kedah dan Pulau Pinang.


Secara peribadinya mesej Tok Guru kepada Abdullah ialah “Inilah akibatnya jika manusia tak dengar kata Allah”.
P/S Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang kepada hambanya. Syukur Ya Allah kerana membuka hati rakyat malaysia kepada jalan yang benar.